Program BICARA AKRAB JMG 2015 & Mesyuarat Agong AKRAB JMG 2015

Blog Pic

Program BICARA AKRAB JMG 2015 dengan tema "TRANSFORMASI MEMACU KECEMERLANGAN ORGANISASI" telah diadakan dengan jayanya bertempat di JMG Ibu Pejabat pada 19 Mei 2015. Program dihadiri oleh ahli AKRAB JMG dan kakitangan JMG Ibu Pejabat. Dua pembentangan telah disampaikan bertajuk "Transformasi Budaya Ke Arah Pekerja Cemerlang” oleh En. Danial Lee Abdullah, KPT, JMG Ibu Pejabat dan "Peranan AKRAB Dalam Transformasi Perkhidmatan Awam” disampaikan oleh Tn. Hj. Mohd Zulkiflee Che Soh, KPP(GIS) yang juga Pengerusi AKRAB, NRE.

Mesyuarat Agong AKRAB JMG 2015 Jabatan Mineral Dan Geosains Malaysia telah diadakan untuk merancang pelaksanaan program AKRAB 2015 dan pemilihan baru AJK 2015-2017. Mesyuarat telah sebulat suara membuat pemilihan AJK 2015-2017 berikut;

Pengerusi : Dr. Ismail Bin Ibrahim
Timbalan Pengerusi : Tn. Hj. Mohd. Zulkiflee Bin Che Soh
Setiausaha : Pn. Masrita Binti Mohd Aras
Penolong Setiausaha : En. Geri Ak Ginung

Pelantikan AJK Kecil : Dr. Rashita Abd Rashid
                            : En. Abd. Hadi Abdul Rahman
                            : Pn. Azliyah Che Long
                            : En. Ishak Ahmad

 

Written by : nurzaidi