Majlis Sambutan Hari Raya Aidifitri Anjuran KSKPPM

Majlis Sambutan Hari Raya Aidifitri Anjuran KSKPPM

Dr Ismail bin Ibrahim dari Cawangan Teknologi Pemprosesan MIneral mewakili Pengarah Kanan PPM, Dr Nazwin merasmikan majlis sambutan Hari Raya Aidifitri anjuran KSKPPM pada hari Rabu 1 Jun 2022 .

Seramai 117 orang ahli kelab PPM yang terlibat dalam menjayakan majlis sambutan ini. Majlis juga turut diraikan oleh beberapa tetamu jemputan VIP termasuklah YBrs. Encik Zamri Bin Ramli, Timbalan Ketua Pengarah (Korporat & Ekonomi Mineral) Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Pengerusi kelab JMG Perak diwakili oleh YBrs. En Mat Niza B. Abd Rahman serta Pengarah JMG Perak YBrs. Dato’ Ahmad Zukni B. Ahmad Khalil.

Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk mengeratkan silaturahim antara ahli-ahli KSKPPM disamping mensyukuri dalam meraikan Aidilfitri setelah 2 tahun berdepan dengan pandemik Covid-19.

Majlis Apresiasi Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2021 Pusat Penyelidikan Mineral

Majlis Apresiasi Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2021 Pusat Penyelidikan Mineral
Majlis Apresiasi Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2021 Pusat Penyelidikan Mineral diadakan pada 1 Jun 2022 (Rabu) bertempat di Dewan Seminar, PPM dirasmikan oleh YBrs. Encik Zamri Bin Ramli, Timbalan Ketua Pengarah (Korporat & Ekonomi Mineral) Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia.
 
Seramai 9 orang penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang yang terdiri daripada pelbagai kumpulan sokongan di raikan pada majlis yang gilang gemilang ini.
 
Tahniah & Syabas diucapkan kepada semua penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2021.

Majlis Perhimpunan Bulanan Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) Bil. 2/2022

Majlis Perhimpunan Bulanan Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) Bil. 2/2022
IPOH, 1 JUN 2022 -Majlis Perhimpunan Bulanan Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) Bil. 2/2022 telah diadakan pada hari ini secara fizikal.
 
Ketua Cawangan Pemprosesan Mineral, Yang Berusaha Dr Ismail bin Ibrahim yang mewakili Pengarah kanan PPM telah menyampaikan ucapan beliau diikuti dengan tayangan montaj aktiviti R&D&C&I dan disusuli dengan sesi penyampaian Anugerah Pekerja Contoh Suku 1/2022.
 
Dalam majlis yang sama telah diadakan penyampaian pingat kepada para pegawai penyelidik yang telah menyertai pertandingan Malaysian Technology Expo (MTE 2022). Menerusi pertandingan tersebut, delegasi PPM berjaya memenangi 2 pingat emas dan 1 perak. Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Yang Berusaha Dr Ismail bin Ibrahim.

Majlis Perasmian Plot Tanaman Pemulihan Tanah Bekas Lombong Di Stesen Ujian Galian (SUGA), PPM-JMG dan Perjanjian Persefahaman (MoU) di antara FRIM dan JMG di SUGA

Majlis Perasmian Plot Tanaman Pemulihan Tanah Bekas Lombong Di Stesen Ujian Galian (SUGA), PPM-JMG dan Perjanjian Persefahaman (MoU) di antara FRIM dan JMG di SUGA
Ketua Cawangan Teknologi Pemprosesan Mineral (CTPM), Pusat Penyelidikan Mineral, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (PPM-JMG), Dr. Ismail bin Ibrahim bersama Pengarah Bahagian Bioteknologi Perhutanan, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Dr Mohd Zaki bin Hj Abdullah telah menanam pokok Dipterocarpus oblongifolius atau Keruing Neram dan pokok Kapor Borneo atau Dryobaianops rappa.
 
Ini adalah sebagai simbolik bagi Majlis Perasmian Plot Tanaman Pemulihan Tanah Bekas Lombong Di Stesen Ujian Galian (SUGA), PPM-JMG dan Perjanjian Persefahaman (MoU) di antara FRIM dan JMG di SUGA pada hari Rabu, 25 Mei 2022.
 
Sebanyak 256 pokok telah ditanam pada hari ini.

Lawatan ke lombong di sekitar Tanah Merah & Gua Musang Kelantan

Lawatan ke lombong di sekitar Tanah Merah & Gua Musang Kelantan
Lawatan ke lombong di sekitar Tanah Merah & Gua Musang Kelantan.
 
Pada 15-20 Mei 2022, Cawangan Teknologi Perlombongan dan Pengkuarian telah melakukan lawatan ke lombong sekitar Tanah Merah dan Gua Musang Kelantan.
 
Lawatan ini bertujuan bagi pengambilan sampel efluen di lombong bagi tujuan penyelidikan rawatan air Acid Mine Drainage (AMD).
Lawatan ini disertai juga oleh pegawai dari JMG Kelantan yang membawa pelajar Latihan Industri (LI) dari Universiti Malaysia Kelantan bagi memberi pendedahan kepada pelajar berkenaan pensampelan air efluen di lombong.