MAJLIS APC DAN JASAMU DIKENANG JMG SARAWAK JUN 2022

MAJLIS APC DAN JASAMU DIKENANG JMG SARAWAK JUN 2022
KUCHING, 08 JUN 2022 – Majlis APC (Anugerah Perkhidmatan Cemerlang) dan Jasamu Dikenang JMG Sarawak telah diadakan pada 08 Jun 2022 (Rabu) di Bilik Baiduri, JMG Sarawak. Ia disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah Operasi (TKP(O)) JMG Malaysia, En. Mohd Bazran bin Hj Taib. Majlis dimulakan tepat pada pukul 9.00 pagi dengan nyanyian lagu negaraku, lagu Sarawak Ibu Pertiwiku, lagu Perkhidmatan Awam dan disusuli dengan bacaan doa. Agenda majlis dimulakan dengan ucapan perutusan oleh En. Roslan Bin Rajali iaitu pegawai yang menanggung tugas Pengarah JMG Sarawak. Di dalam perutusannya, beliau mengucapkan terima kasih kepada TKP(O) serta rombongannya kerana sudi melawat ke JMG Sarawak. Beliau juga mengucapkan tahniah kepada semua penerima APC 2021 dan berharap ia akan menjadi pencetus semangat untuk cemerlang pada masa hadapan. Diakhir ucapannya, beliau mengucapkan selamat bersara kepada kakitangan yang akan berpencen pada bulan ini. Sesungguhnya jasa-jasa yang ditaburkan akan dikenang sampai bila-bila. Majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada TKP(O). Beliau mengucapkan terima kasih di atas layanan dan sambutan oleh JMG Sarawak. Di dalam ucapannya beliau mengatakan ini adalah lawatan rasmi beliau yang pertama dan terakhir ke JMG Sarawak sebagai TKP(O) kerana akan bersara wajib pada Ogos tahun ini. Beliau turut menyimpan hasrat untuk melihat JMG terus cemerlang pada masa hadapan. Usai ucapannya, majlis diteruskan dengan penyampaian APC. Seramai Sembilan (9) orang kakitangan JMG Sarawak telah menerima APC 2021 iaitu:1. Encik Jaithish John (Timbalan Pengarah Sumber Mineral)2. Encik Japri Bin Bujang (Ketua Penolong Pengarah Kanan )3. Puan Hermawati Binti Tambeng (Penolong Pengarah Kanan )4. Encik Abang Zulkefly Bin Abang Ahmad Masuine (Penolong Pegawai Geosains)5. Encik Mohammad Nata Bin Bihim (Pembantu Geosains)6. Encik Imlan Anak Ponit (Pembantu Geosains)7. Encik Raffy Bin Paun (Pembantu Geosains)8. Encik Dinnis Anak Ringkai (Pembantu Geosains)9. Puan Vironica Serany Anak Entalang (Pembantu Tadbir Pentadbiran) Di samping itu, JMG Sarawak juga bakal kehilangan empat (4) orang kakitangan pada bulan ini, Tiga (3) daripadanya akan bersara wajib iaitu Encik Yusuf bin Bujang, Encik Shuib Bin Luwi dan Puan Sidin Poren manakala En Mohd Akif bin Dzurkornain akan bertukar ke Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA). Kesemua kakitangan ini diberikan cenderahati kenang-kenangan yang disampaikan oleh TKP(O). Akhir kata, sekalung tahniah diucapkan kepada semua penerima APC 2021. Semoga ia akan menjadi dorongan kepada kakitangan lain untuk terus meningkatkan prestasi kerja masing-masing. Untuk bakal pesara, kami doakan semoga kalian semua berbahagia disamping keluarga tercinta dan dikurniakan kesihatan yang baik.

PAMERAN JMG SEMPENA "GEOSCIENCE INDUSTRIAL WEEK (GIW) 2022" DI UNIVERSITI MALAYA

PAMERAN JMG SEMPENA "GEOSCIENCE INDUSTRIAL WEEK (GIW) 2022" DI UNIVERSITI MALAYA

KUALA LUMPUR, 04 Jun 2022 -  Jabatan Mineral dan Geosains Selangor/Wilayah Persekutuan telah terlibat dalam menjayakan acara "Geoscience Industrial Week (GIW) 2022" yang bertempat di Jabatan Geologi, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Antara program-program yang diadakan pada hari tersebut adalah pameran geologi, forum serta taklimat kerjaya dan pihak JMGSWP juga berkesempatan mengadakan pameran bagi mendedahkan fungsi dan aktiviti JMG dalam bidang geosains yang merangkumi pembangunan bidang hidrogeologi, sumber mineral dan geopark kepada pelajar-pelajar serta orang awam.

Penerangan tentang geologi disampaikan oleh En. Wan Neqhaikal b. Wan Abdul Karim dan dibantu oleh petugas yang telibat iaitu Pn. Nurul Zulaikha Akma bt. Mohd Zaki, En. Mohd Syukoruddin b. Sulong, Cik Nurulain Syafira Adira bt. Abd Razak dan Cik Nur Alya Maisarah bt. Muzafar.

Pameran yang berlangsung dari jam 10 pagi sehingga 5 petang juga  diserikan dengan sesi  kuiz  kepada pelajar-pelajar yang hadir ke gerai pameran dan hadiah diberikan kepada yang berjaya.

 

 

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JMGSWP

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JMGSWP

SAHAH ALAM, 03 Jun 2022 - Jabatan Mineral dan Geosains Selangor/ Wilayah Persekutuan telah menganjurkan  Majlis Perhimpunan Bulanan Bil. 06/2022 di Bilik Kuarza, Tingkat 7, Bangunan Darul Ehsan. Majlis yang bermula tepat pada pukul 9.00 pagi tersebut telah diacarakan oleh En. Mohd Fadzli bin Tajudin Noor, bacaan doa oleh En. Mohd Fauze bin Ab. Majid dan lafaz Ikrar Integriti Perkhidmatan Awam oleh En. Amir Syukri bin Jalaludin. Majlis diteruskan dengan sesi perutusan pengarah yang disampaikan oleh Yang Berusaha Pengarah JMGSWP, iaitu  Tn. Hj. Zulkiflee bin Che Soh dan diakhiri dengan tanyangan montaj video bergambar aktiviti jabatan sepanjang bulab Mei 2022.

Perhimpunan Bulanan

Perhimpunan Bulanan

 2 Jun 2022 (Khamis)

Majlis Perhimpunan Bulanan telah diadakan pada 2 Jun 2022 pada hari Khamis dan bertempat di Bilik Mesyuarat JMG Kelantan.

Perhimpunan Bulanan buat pertama kalinya dipengerusikan oleh Pengarah JMG Kelantan yang baru iaitu Encik Zaidi bin Daud berkuatkuasa 1 Jun 2022. Warga JMG Kelantan juga mengucapkan tahniah di atas pelantikan tersebut dan semoga beliau terus berkhidmat dengan cemerlang.

Tahniah juga diucapkan kepada Encik Nurzaidi bin Abdullah kerana telah dinaikkan pangkat kepada Timbalan Pengarah Geosains C52 dan berkuatkuasa pada 1 Jun 2022. Semoga beliau juga terus melakar kejayaan di masa hadapan.

Majlis diteruskan dengan memperkenalkan seorang kakitangan JMG yang baru iaitu Mohammad Sobri bin Borhan sebagai Penolong Pengarah C41 yang telah melapor diri pada pada 9 Mei 2022.Warga JMG Kelantan juga mengucapkan selamat bertugas ditempat baru dan semoga segala urusannya dipermudahkan oleh Allah S.W.T.

Dikesempatan ini,penyampaian sijil juga diadakan,iaitu pemberian sijil kepada peserta Kursus Pengendalian Dron pada 24-26 April 2022. Sijil-sijil telah disampaikan oleh tuan Pengarah JMG Kelantan kepada wakil peserta iaitu Cik Ropidah Mat Zain juga selaku Pengurus Kursus Pengendalian Dron.

JMG Kelantan masih mengekalkan acara wajib jika perhimpunan bulanan diadakan,iaitu acara memberikan hadiah hari kelahiran kepada kakitangan JMG mengikut bulan kelahiran. Seramai 2 orang kakitangan JMG Kelantan yang lahir bulan Mei menerima hadiah tersebut dan semoga kedua-dua mereka dikurniakan kesihatan yang baik,dimurahkan rezeki dan dipanjangkan usia.

Majlis Perhimpunan Bulanan berakhir dengan penyampaian hadiah kepada En. Zaidi Daud (Pengarah JMG Kelantan) dan En. Nurzaidi bin Abdullah (Timbalan Pengarah Geosains),sempena pelantikan baru. Hadiah adalah sumbangan ikhlas daripada Kelab Sukan dan Kebajikan JMG Kelantan.

 

Sumber foto : Suhaidah bt Mohd Khalid