YAN, 26 Jun 2022 - JMG Kedah / Perlis / Pulau Pinang berbangga kerana sekali lagi menerima kehadiran Yang Berhormat Datuk Seri Takiyuddin Hassan, Menteri Tenaga dan Sumber Asli ke negeri jelapang padi, kali ini dalam program lawatan kerja di Yan bersempena Program Pengurusan Bencana Bersama Komuniti (CBDRM) Jerai Geopark.
JMG SERTAI MAJLIS MESRA AIDILFITRI KETSA DI SIK
SIK, 30 Mei 2022 - JMG Malaysia melalui JMG Kedah / Perlis / Pulau Pinang telah berpeluang membuka gerai menyediakan juadah lemang dan nasi impit dalam Majlis Mesra Aidilfitri KETSA bersempena Program Mesra Rakyat Keluarga Malaysia Peringkat Zon Utara.
PROGRAM PENGURUSAN RISIKO BENCANA BERASASKAN KOMUNITI JERAI BIL.1/2022
YAN, 11 Jun 2022 - Program Pengurusan Bencaran Risiko Bencana Bersasaskan Komuniti, atau Community Based Disaster Risk Management (CBDRM) Jerai Bil.1/2022 telah berlangsung dengan jayanya di Titi Hayun Chalet, Yan, hari ini.
MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) 2021 JMG KEDAH / PERLIS / PULAU PINANG
ALOR SETAR, 2 Jun 2022 - Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2021 peringkat JMG Kedah / Perlis / Pulau Pinang telah berlangsung dengan sempurna pada hari ini.
LAWATAN KERJA TKP OPERASI KE GEOTAPAK BUKIT JERNIH
CHUPING, 1 Jun 2022 - Timbalan Ketua Pengarah (TKP) (Operasi), En. Mohd Badzran Bin Mat Taib telah melakukan lawatan kerja ke Geotapak Bukit Jernih di Chuping, hari ini.
Turut sama dalam sesi lawatan tersebut ialah Pengarah Cawangan Penyelerasan dan Pelaksanaan Operasi (PPO) JMG Ibu Pejabat, Tn. Hj. Nizarulikram Bin Abdul Rahim, Pengarah JMGKPP, Pn. Siti Faridah Bt Yusup dan Ketua Cawangan JMG Perlis, En. Razaidi Shah Bin Kadir.
Penambahan Skop Akreditasi MS ISO/IEC 17025:2017
Tahniah kepada Cawangan Perkhidmatan Makmal, Bahagian Perkhidmatan Teknikal dan juga kepada Jabatan Mineral Dan Geosains Malaysia secara keseluruhan atas kejayaan dalam Penambahan Skop Akreditasi Persijilan MS ISO/IEC 17025:2017 khususnya bagi analisis Thorium dan Uranium ke atas sampel-sampel geologi.
Penambahan dua (2) lagi skop analisis ini menjadikan jumlah keseluruhan adalah sebanyak 44 analisis yang sedang dilaksanakan di Cawangan Perkhidmatan Makmal BPT. Selain itu JMG Sabah dan JMG Sarawak juga masing-masing berjaya mengekalkan 3 dan 16 skop.
Taklimat ESL Laser Ablation
IPOH, 23 Jun 2022: Pada hari ini telah diadakan sesi taklimat mengenai ESL Laser Ablation, di Cawangan Perkhidmatan Makmal, Bahagian Perkhidmatan Teknikal, Ipoh. Taklimat ini telah dibawakan oleh Perkin Elmer Sdn. Bhd. dan telah disampaikan oleh Miss Catherine dan Miss Mui Phing daripada syarikat Elemental Scientific Lasers yang berpengkalan di Singapura.
MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL 6/2022 DAN MAJLIS PERPISAHAN KAKITANGAN JMG JOHOR
Johor Bahru, 07 Jun 2022 – Majlis Perhimpunan Bulanan Bil 6/2022 dan Majlis Perpisahan Kakitangan JMG Johor telah diadakan di Suasana Hotel, Johor Bahru.
Lawatan Menteri YBM Datuk Takiyuddin
9/6/2022 (Khamis)
Jabatan Mineral dan Geosains Negeri Kelantan telah menerima sebuah lawatan daripada Menteri Tenaga dan Sumber Asli,Yang Berhormat Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan ke Aspiring Stong Geopark pada Khamis, 09/Jun/2022. Turut mengiringi lawatan ini ialah En. Zaidi bin Daud(Pengarah JMG Kelantan), YBRs. Tuan Haji Hisamuddin bin Termidi (Ketua Pengarah JMG Malaysia),En. Mohd Bazran bin Hj Taib (Timbalan Ketua Pengarah (operasi) JMG Malaysia,TB. Ku Mohd Zaki bin Ku Hussin (Adun Dabong) dan YDP Ysbrs Haji Tengku Ab Rahman bin Tuan Yunus (Majlis Daerah Kuala Krai).
Gua Ikan,Dabong
Lokasi pertama lawatan Menteri adalah bermula di Gua Ikan,Dabong dan disertai dengan majlis ucapan dan kata-kata aluan YBM. YBM KeTSA juga berucap mengenai usaha Kementerian yang memperuntukkan sejumlah RM30,000 bagi meningkatkan kemudahan insfrastruktur di beberapa geotapak yang telah dikenal pasti sebagai mercu tanda bagi mempromosikan Aspiring Stong Geopark.
Selain itu, Kementerian juga menganjurkan Kursus Geoguide (Jurupandu Geopark) dengan penglibatan lebih kurang 60 orang yang terdiri daripada komuniti setempat termasuklah komuniti Orang Asli telah dikenal pasti untuk menyertai Kursus Geoguide Stong Geopark yang dijadualkan pada suku ketiga tahun 2022.
Geotapak Gua Ikan Dabong, Kuala Krai merupakan salah satu geotapak penting di dalam Aspiring Stong Geopark yang berusia sekitar 200-300 juta tahun. Gua Ikan sangat istimewa kerana gua ini merupakan sungai bawah tanah sepanjang 250m.
Gunung Stong,Jelawang,Kuala Krai
Lawatan Kerja Menteri Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) ke Aspiring Stong Geopark, Kelantan di lokasi kedua bagi melihat pemandangan Gunung Stong, Jelawang, Kuala Krai.
Lokaliti ini menawarkan pemandangan landskap pergunungan Stong (Kompleks Migmatit Stong) yang memperlihatkan beberapa puncak tertinggi gunung dikawasan ini serta rupa bumi Air Terjun Jelawang.
Fakta menarik mengenai lokaliti ini adalah dikatakan bahawa Air Terjun Jelawang antara air terjun tertinggi di Asia Tenggara dengan ketinggian dianggarkan 300-meter tinggi.
Lata Renyok,Kuala Balah,Jeli
Lokasi ketiga iaitu Geotapak Lata Renyok, Kuala Balah, Jeli.
Lata Renyok terletak di Sungai Renyok berhampiran Kampung Renyok, 16 km daripada bandar Jeli melalui jalan Jeli-Dabong. Sungai berbatu di Lata Renyok membentuk morfologi jeram, bongkah batu dan lubang periok pada permukaan batu singkapan sungai.
Tapak Lata Renyok ini merupakan tapak penyelidikan saintifik bertaraf rantau kerana ini merupakan lokaliti terbaik untuk mengenali ciri-ciri Leukogranit Kenerong dan juga canggaan tektonik selepas orogeni Indosinia di rantau Asia Tenggara.
Gunung Reng, Batu Melintang, Jeli
Lawatan Kerja Menteri Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) ke Aspiring Stong Geopark, Kelantan di lokasi yang terakhir iaitu Geotapak Gunung Reng, Batu Melintang, Jeli.
Gunung Reng terletak di Kampung Gunong sekitar 15 km dari Pekan Jeli. Bukit Gunung Reng yang terdiri daripada batuan marmar mempunyai berketinggian sekitar 200 meter.
Fakta menarik mengenai lokaliti ini adalah berkaitan cerita rakyat yang terkenal di Gunung Reng tentang Puteri Saadong yang memerintah Negeri Kelantan pada suatu masa dahulu.
Majlis berakhir dengan jamuan petang dan diadakan juga sesi bergambar bersama semua jemputan lawatan dan warga JMG Kelantan yang hadir.
Sumber foto : Suhaidah binti Mohd Khalid
Perhimpunan Bulanan KeTSA
14/6/2022 (Selasa)
Warga JMG Kelantan berpeluang mengikuti Perhimpunan Bulanan KeTSA secara langsung di FB Kementerian Tenaga dan Sumber Asli pada 14/6/2022 hari Khamis yang telah diadakan di Dewan Baiduri ,Wisma Sumber Asli. Perhimpunan bermula jam 8.30 pagi.
YB Datuk Seri Takiyuddin (Menteri Tenaga dan Sumber Asli)telah menyampaikan beberapa ucapan penting berkaitan dengan Pelan Strategik KeTSA dan antara intipati ucapan,beliau ada menyatakan KeTSA telah memperuntukkan RM300,000 bagi meningkatkan kemudahan insfrastruktur di beberapa geotapak yang telah dikenal pasti.