Kuantan, 2 Mac 2018: Hari ini telah diadakan Lawatan Sambil Belajar ke Muzium Sungai Lembing, Kuantan. Lawatan ini adalah kesinambungan dari Program Perhimpunan Bulanan Makmal Geokimia Kuantan dan Mesyuarat MBJ yang telah diadakan pada hari sebelumnya.
Perhimpunan Bulanan Makmal Geokimia Kuantan
Kuantan, 1 Mac 2018: Telah diadakan satu Majlis Perhimpunan Bulanan Bersama Pengarah BPT, bertempat di Makmal Geokimia, Kuantan. Majlis telah dihadiri oleh 15 orang wakil dari BPT termasuk Dato' Mohd Za’im bin Dato' Abdul Wahab selaku Pengarah. Majlis dimulakan dengan bacaan Yasin danTahlil yang telah dipimpin oleh Tn. Hj. Mohd Saad Bin Samsudin. Selepas itu sesi bergambar beramai-ramai pula diadakan sebagai tanda kenang-kenangan.
Program Derma Darah
IPOH, 23 Feb. 2018: Kelab Sukan Dan Kebajikan Bahagian Perkhidmatan Teknikal telah menganjurkan Program Derma Darah bersama Unit Derma Darah Hospital Raja Perempuan Bainun, Ipoh.
Taklimat Dan Pemeriksaan Kesihatan
IPOH, 22 Feb. 2018: Kelab Sukan Dan Kebajikan telah menganjurkan Program Taklimat Dan Pemeriksaan Kesihatan bagi seluruh kakitangan Bahagian Perkhidmatan Teknikal. Unit Pemeriksaan
Persaraan Tn. Hj. Mohd Ariff Omar
IPOH, 21 Februari 2018: Hari ini merupakan hari terakhir bertugas bagi Timbalan Pengarah Cawangan Perkhidmatan Makmal, Tn. Hj. Mohd Ariff Omar di Jabatan Mineral Dan Geosains Malaysia. Beliau akan mula bercuti mulai 22 Februari 2018 dan akan bersara pada 1 Mei 2018.