Wawancara Khas Pendakian Gunung Tahan

Wawancara Khas Pendakian Gunung Tahan

IPOH, 20 April 2016:  Tahniah kepada semua peserta XPDC Gunung Tahan. Buat julung-julung kalinya Kelab Sukan Dan Kebajikan telah menganjurkan XPDC Gunung Tahan  yang telah dilaksanakan pada 15 hingga 19 April 2016. XPDC ini telah disertai oleh beberapa ahli KSKBPT diketuai oleh Presiden KSKBPT, En. Abdullah Sulaiman dan Setiausaha Kehormat KSKBPT, En. Fahami Abas serta Pn. Nazilah dan Cik Nur Hasanah. Peserta-peserta lain termasuk beberapa kakitangan JMG Melaka/Negeri Sembilan dan beberapa peserta luar JMG.

Mereka bertolak pada 15 April dari Bahagian Perkhidmatan Teknikal dan kembali pada 19 April. 

https://youtu.be/BANtmIk2bXk

Lawatan Timbalan Menteri Datuk Ir Hj Hamim Samuri

Lawatan Timbalan Menteri Datuk Ir Hj Hamim Samuri

IPOH, 7 Januari 2016:   Jabatan Mineral Dan Geosains telah menerima kunjungan Timbalan Menteri Kementerian Sumber Asli Dan Alam Sekitar (NRE), Datuk Ir Hj Hamim Samuri. Beliau serta rombongan daripada beberapa kenamaan dari pelbagai agensi di bawah NRE, telah diberi taklimat oleh Pengarah JMG Perak, En. Sidi Daud di Bilik Mesyuarat Granit seterusnya di bawa melawat ke Muzium Geologi dan makan tengahari di Pusat Penyelidikan Mineral (PPM).