Pameran Hari Muzium Antarabangsa

harimuziumantarangsa

IPOH, 1 Ogos 2015: Pada hari ini telah berlangsung sambutan Hari Muzium Sedunia yang telah disambut di Peringkat Negeri Perak. Sambutan kali ini telah diadakan disekitar Bandaraya Ipoh, di mana pameran muzium-muzium dari seluruh Malaysia telah diadakan di Ipoh Parade dari 1 hingga 4 Ogos 2015. Serentak dengan itu juga sukan muzium juga telah diadakan.

Baca selanjutnya

Majlis Persaraan Pn. Ramlah Satar

Majlis Persaraan Pn. Ramlah Satar

IPOH, 11 Mei 2015:  Yang datang akan pergi. Warga BPT mengucapkan Selamat Bersara kepada Pn. Ramlah Satar, Pembantu Tadbir Kanan Bahagian Perkhidmatan Teknikal.

Satu majlis meraikan persaraan Pn. Ramlah telah diadakan pada 11 Mei 2015, bertempat di Kinta Riverfront Hotel, Ipoh. Majlis telah dihadiri oleh seramai kira-kira 20 kakitangan BPT.

Kami mendoakan agar Pn. Ramlah sentiasa dalam rahmat Allah sepanjang persaraan beliau.