ALOR SETAR, KEDAH (15 JANUARI 2019): Membuka tirai 2019, Kelab Kebajikan Kakitangan Jabatan Mineral Dan Geosains Kedah/Perlis/Pulau Pinang (K-GEO) di bawah Biro Sukan Dan Rekreasi telah menganjurkan pertandingan dart beregu antara kakitangan yang bermula pada 07.01.2019 sehingga 10.01.2019.
MAJLIS PERPISAHAN EN. YUSUF BIN BUJANG
ALOR SETAR, KEDAH (8 JAN 2019): Satu majlis perpisahan telah dibuat pada tengah hari tadi bagi meraikan En. Yusuf Bin Bujang sempena pertukaran beliau ke Jabatan Mineral Dan Geosains Sarawak.
MAJLIS MAKAN MALAM TAHUNAN K-GEO 2018
ALOR SETAR, KEDAH: Bagi menutup tirai 2018, Kelab Kakitangan Jabatan Mineral Dan Geosains Malaysia Kedah/Perlis/Pulau Pinang (K-GEO) telah mengadakan Majlis Makan Malam Tahunan di Restoran Ikan Bakar Anjung Kuala, Kuala Kedah, Kedah.
DELEGASI JMGKPP BERKUNJUNG KE LHOIST INDUSTRIES
Delegasi JMG Kedah / Perlis / Pulau Pinang berpeluang mengadakan sesi lawatan dan perbincangan bersama pengurusan LHOIST Industries di Temoh, Tapah Perak pada 20 Disember 2018.
PEMASYHURAN GEOPARK JERAI SEBAGAI GEOPARK KEBANGSAAN
GURUN, KEDAH: Satu sejarah telah tercatat pada 24 November 2018 yang lalu apabila Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah berkenan merasmikan Pemasyhuran Geopark Jerai sebagai Geopark Kebangsaan. Pemasyhuran tersebut dibuat bersempena pertabalan baginda sebagai sultan Kedah yang ke-29.
The 3rd International Workshop On CCOP-Geoinformation Sharing Infrastructure for East and South Asia (GSi) Project
LANGKAWI, KEDAH: Satu bengkel telah diadakan antara Jabatan Mineral Dan Geosains Malaysia (JMG) dengan Coordinating Committee For Geoscience Programmes In East and Southeast Asia (CCOP) pada 17-21 September 2018 di Aseania Resort & Spa, Pulau Langkawi, Kedah.
Tujuan utama bengkel diadakan adalah untuk berkongsi maklumat dan kepakaran antara negara maju dan negara-negara ahli CCOP dalam bidang pembangunan sistem perkongsian data geoinformasi mengikut piawaian antarabangsa.
SEMINAR ON QUARRY OPERATIONAL SAFETY & ENVIRONMENTAL CONTROL MEASURES
GEORGETOWN, PULAU PINANG: Satu seminar berkaitan kuari telah diadakan di Evergreen Laurel Hotel pada 28 Ogos 2018. Seminar tersebut dianjurkan oleh Penang Quarry Association (PQA) dengan kerjasama Jabatan Mineral Dan Geosains Kedah/ Perlis/ Pulau Pinang dan Pejabat Tanah Dan Galian Pulau Pinang (PTG).
Seminar tersebut dihadiri oleh wakil-wakil kuari, pegawai-pegawai jabatan yang berkaitan dan orang perseorangan yang terlibat dalam industri pengkuarian. Tujuan utama seminar tersebut diadakan adalah untuk membincangkan tentang isu keselamatan operasi kuari dan persekitaran dan usaha bagaimana untuk mengawal dan mengurus sesebuah kuari agar tidak memganggu persekitaran.
UJIAN PEPERIKSAAN PEMBEDIL (AMALI) BIL. 1/2018
ALOR SETAR, KEDAH: Seramai 6 orang calon telah menduduki Ujian Peperiksaan Pembedil (Amali) Bil. 1/2018 yang berlangsung selama 3 hari bermula dari 30 Julai - 01 Ogos 2018. 3 orang pegawai dari JMG KPP dan 2 pegawai PDRM bertindak sebagai panel penilai bagi ujian tersebut.
Ujian bermula di pejabat JMG KPP di mana setiap calon diminta untuk memberi taklimat berkaitan rekabentuk peletupan yang akan digunakan ditapak peletupan. Seterusnya, pada hari kedua dan ketiga ujian dibuat di kuari BDB Infra di Pendang, Kedah. Setiap calon dikehendaki untuk mengisi sendiri setiap lubang letupan sehingga selesai.
Sambutan Hari JMG, Ulangtahun Pertama Jerai Geopark dan Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri
Alor Setar, 08 Julai 2018: JMG KPP telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri, Hari JMG dan Ulangtahun Pertama Jerai Geopark pada 01 Julai 2018.
Majlis Berbuka Puasa Anjuaran Kelab K-Geo
Alor Setar, Kedah (16 Jun 2018): Satu majlis berbuka puasa anjuran kelab K-Geo telah diadakan pada 30 Mei 2018 bertempat di restoran Puji Arabian Delight, Alor Setar.
Majlis tersebut telah dihadiri oleh pengarah JMG KPP, pegawai-pegawai dan kakitangan JMG KPP. Dengan adanya program seperti ini, jalinan ukhwah sesama kakitangan dapat dieratkan lagi dan diharap program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang.