ALOR SETAR, KEDAH: Jabatan Mineral Dan Geosains Kedah/Perlis/Pulau Pinang telah menganjurkan Kursus Pengurusan Rekod Dan Fail Secara 'In-House' selama 3 hari bermula 14 April 2019 sehingga 16 April 2019.
LAWATAN MENTERI BESAR KEDAH KE PROJEK TELAGA TIUB DI LOJI RAWATAN AIR (LRA) TUPAH
TUPAH, KEDAH: Menteri Besar Kedah, Dato Mukhriz Mahathir ke Loji Rawatan Air Tupah telah dilakukan pada 23 Mac 2019 yang lalu. Lawatan tersebut turut dihadiri oleh Menteri Air, Tanah Dan Sumber Asli, Dr Xavier Jayakumar, Ketua Pengarah Jabatan Mineral Dan Geosains Malaysia (JMG), Datuk Shahar Effendi serta Pengarah Jabatan Mineral Dan Geosains Kedah/Perlis/Pulau Pinang, Tuan Haji Azhari Bin Ahmad.
KURSUS FOTOGRAFI JERAI GEOPARK
ALOR SETAR, KEDAH (24 MAC 2019) : Kelab Kakitangan Jabatan Mineral Dan Geosains Kedah/Perlis/Pulau Pinang (K-GEO) melalui Biro HELWA telah mengadakan satu kursus fotografi pada 19-21 Mac 2019 bertempat di Jerai Hill Resort, Gunung Jerai, Yan, Kedah.
TAKLIMAT KESELAMATAN KEBAKARAN DI TEMPAT KERJA
ALOR SETAR, KEDAH (11 MAC 2019) : Satu taklimat mengenai keselamatan kebakaran di tempat kerja telah di adakan pada 10 Mac 2019 di tingkat 1 Bilik Delima, JMGKPP.
MAJLIS PERSARAAN ENCIK ABU BAKAR SIDDIK BIN ABIDAH
ALOR SETAR, KEDAH (03 MAC 2019) : Jabatan Mineral Dan Geosains Kedah/Perlis/Pulau Pinang (JMGKPP) telah menganjurkan satu majlis makan tengah hari di Menara Alor Setar sempena meraikan majlis persaraan Tuan Haji Abu Bakar Siddik Bin Abidah.
LAWATAN KERJA & DIALOG GEOPARK JERAI KE GEOPARK LEMBAH KINTA
ALOR SETAR, KEDAH (05 FEBRUARI 2019) : Jabatan Mineral Dan Geosains Kedah/Perlis/Pulau Pinang telah menganjurkan satu siri lawatan kerja dan dialog Geopark Jerai ke Geopark Lembah Kinta di Ipoh, Perak pada 27.02.2019 sehingga 28.02.2019.
LATIHAN PENGGERUDIAN AIR BAWAH TANAH
ALOR SETAR, KEDAH (05 MAC 2019) : Jabatan Mineral Dan Geosains Kedah/Perlis/Pulau Pinang dengan kerjasama Unit Geosains (Hidrogeologi) telah menganjurkan satu latihan penggerudian air bawah tanah secara jetting di Pulau Songsong, Yan, Kedah.
KUNJUNGAN HORMAT KETUA PENGARAH JMG KE PEJABAT KETUA MENTERI PULAU PINANG
GEORGE TOWN (12 FEBRUARI 2019) : Ketua Pengarah Jabatan Mineral Dan Geosains Malaysia (JMG), Datuk Shahar Effendi Abdullah Azizi telah mengadakan kunjungan hormat ke pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow bagi membincangkan bentuk kerjasama antara kedua-dua pihak.
KEJOHANAN TERTUTUP TENPIN BOWLING AGENSI AIR NEGERI KEDAH
ALOR SETAR, KEDAH (23 JANUARI 2019) : Kejohanan Tertutup Tenpin Bowling Agensi Air Negeri Kedah telah diadakan pada 22 Januari 2019 di Aman Bowl, Aman Central antara jabatan kerajaan.
KURSUS AMALAN GAYA HIDUP SIHAT - SIRI 1 : "HAPPINESS IS HOMEMADE"
ALOR SETAR, KEDAH (22 JANUARI 2019): Kelab Kakitangan Jabatan Mineral Dan Geosains Kedah/Perlis/Pulau Pinang (K-GEO) di bawah Biro HELWA telah menganjurkan Kursus Amalan Gaya Hidup Sihat - Siri 1 : " Happiness Is Homemade" pada 13 Januari 2019 yang lalu.