ALOR SETAR, 11 APRIL 2021 (AHAD): Satu majlis istimewa bersempena meraikan persaraan 2 orang Pembantu Geosains Kanan JMGKPP telah berlangsung di The Jerai Hotel, Bandar Alor Setar hari ini. Insan-insan yang diraikan ialah Encik Johari Bin Omar, P.J.B dan Encik Khalid Bin Mat Hashim.
PROGRAM LAWATAN KERJA MENTERI KETSA KE JERAI GEOPARK
GURUN, 1 JANUARI 202I (JUMAAT) - Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Dato' Dr. Shamsul Anuar Bin Hj. Nasarah telah berbesar hati untuk mengadakan sesi lawatan kerja ke Jerai Geopark pada 27 Disember yang lalu.
Selain delegasi daripada Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KetSA), turut sama dalam sesi lawatan bersama menteri ialah Yang Berhormat Datuk Suraya Binti Yaacob, EXCO kerajaan Negeri Kedah dan Yang Berhormat Tuan Sabri Bin Azit, Ahli Parlimen Jerai.
PROGRAM LAWATAN KERJA MENTERI KETSA KE ASPIRING PERLIS GEOPARK
KANGAR, 11 JANUARI 2021 (ISNIN) - Satu program lawatan kerja Menteri Tenaga dan Sumber Asli ke Aspiring Perlis Geopark telah diadakan dengan sempurna pada 10 Januari 2021.
Antara jadual Yang Berhormat Dato' Dr. Shamsul Anuar Bin Hj. Nasarah yang disusun oleh JMG Kedah / Perlis / Pulau Pinang (JMGKPP) ialah lawatan ke Geotapak Bukit Lagi dan Geotapak Bukit Jernih. Keunikan yang berjaya ditonjolkan di Geotapak Bukit Lagi ialah fitur takik laut kuno (ancient sea notch) sebagai bukti paras air laut kuno pada batu kapur Formasi Chuping berusia Perm.
PROGRAM LAWATAN KE KILIM GEOFOREST PARK SEMPENA PROGRAM PENYELARASAN KATS MANAGEMENT RETREAT 2020
PULAU LANGKAWI, KEDAH: Sempena Program Penyelarasan KATS Management 2020 yang diadakan di Berjaya Langkawi Resort, Jabatan Mineral Dan Geosains Malaysia Kedah/Perlis/Pulau Pinang (JMGKPP) telah diberi amanah untuk mengurus program lawatan ke Kilim Geoforest Park yang diadakan pada 18 Januari 2020 yang lalu.
KURSUS PEMANDUAN OLEH JKJR & JPJ
ALOR SETAR: Sebagai usaha untuk memantapkan pengetahuan mengenai undang-undang jalan raya serta skill memandu kakitangan JMG KPP terutamanya pemandu jabatan, JMGKPP telah melaksanakan Kursus Pemanduan Oleh JKJR & JPJ pada 21 April 2019 yang lalu.
KURSUS PENGURUSAN REKOD DAN FAIL SECARA 'IN-HOUSE'
ALOR SETAR, KEDAH: Jabatan Mineral Dan Geosains Kedah/Perlis/Pulau Pinang telah menganjurkan Kursus Pengurusan Rekod Dan Fail Secara 'In-House' selama 3 hari bermula 14 April 2019 sehingga 16 April 2019.
LAWATAN MENTERI BESAR KEDAH KE PROJEK TELAGA TIUB DI LOJI RAWATAN AIR (LRA) TUPAH
TUPAH, KEDAH: Menteri Besar Kedah, Dato Mukhriz Mahathir ke Loji Rawatan Air Tupah telah dilakukan pada 23 Mac 2019 yang lalu. Lawatan tersebut turut dihadiri oleh Menteri Air, Tanah Dan Sumber Asli, Dr Xavier Jayakumar, Ketua Pengarah Jabatan Mineral Dan Geosains Malaysia (JMG), Datuk Shahar Effendi serta Pengarah Jabatan Mineral Dan Geosains Kedah/Perlis/Pulau Pinang, Tuan Haji Azhari Bin Ahmad.
KURSUS FOTOGRAFI JERAI GEOPARK
ALOR SETAR, KEDAH (24 MAC 2019) : Kelab Kakitangan Jabatan Mineral Dan Geosains Kedah/Perlis/Pulau Pinang (K-GEO) melalui Biro HELWA telah mengadakan satu kursus fotografi pada 19-21 Mac 2019 bertempat di Jerai Hill Resort, Gunung Jerai, Yan, Kedah.
TAKLIMAT KESELAMATAN KEBAKARAN DI TEMPAT KERJA
ALOR SETAR, KEDAH (11 MAC 2019) : Satu taklimat mengenai keselamatan kebakaran di tempat kerja telah di adakan pada 10 Mac 2019 di tingkat 1 Bilik Delima, JMGKPP.
MAJLIS PERSARAAN ENCIK ABU BAKAR SIDDIK BIN ABIDAH
ALOR SETAR, KEDAH (03 MAC 2019) : Jabatan Mineral Dan Geosains Kedah/Perlis/Pulau Pinang (JMGKPP) telah menganjurkan satu majlis makan tengah hari di Menara Alor Setar sempena meraikan majlis persaraan Tuan Haji Abu Bakar Siddik Bin Abidah.