JMG KELANTAN, 03 November 2014 (Isnin) - Pada hari ini JMG Kelantan telah dilawati oleh TKP Operasi, Tn. Hj. Mustapha Mohd Lip dan diiringi oleh Pegawai Geosains Encik Mat Wadi bin Abdul Satar. Ketibaan mereka disambut oleh tuan pengarah, timbalan-timbalan pengarah dan para pegawai JMG Kelantan.
HARI KELUARGA JMG KELANTAN TAHUN 2014
Sambutan Hari Keluarga JMG Kelantan bagi Tahun 2014 telah diadakan pada 27 September 2014. Sambutan tersebut telah diadakan di Sri Nipah Resort, Kg. Kuala Nipah, Bachok Kelantan.
Seperti biasa sambutan hari keluarga dimulakan dengan sesi pendaftaran ahli JMG dan keluarga. Disamping mendaftar, ahli telah diwajibkan untuk membuat tekaan benda dan pada sambutan kali ini adalah meneka biji betik. Selain itu, Ahli juga diwajibkan mencabut nombor cabutan bertuah serta diberikan cenderahati pendaftaran kepada setiap keluarga.
Majlis Sambutan Idil Fitri 1435H/Persaraan/Perhimpunan Bulanan Bil. 8/2014 JMG Kelantan
24 Ogos 2014 (Ahad) bersamaan 28 Syawal 1435H, JMG Kelantan telah dengan jayanya mengadakan tiga (3) majlis serentak dimana ia merangkumi, Perhimpunan Bulanan Bil 8/2014 yang bermula seawal jam 8.50 pagi, diikuti Majlis Persaraan Encik Ibrahim Bin Wan (Pembantu Geosains Kanan Gred C22) sejam kemudiannya dan Majlis Sambutan Aidil Fitri Peringkat JMG Kelantan yang berakhir sekitar jam 4.30 petang.
Kunjungan Eratkan Silaturrahim Pengarah Cawangan Ekonomi Mineral ke JMG Kelantan
2 Julai 2014 - Terima kasih diucapkan kepada Pengarah dari Cawangan Ekonomi Mineral Ibu Pejabat Mineral dan Geosains Malaysia, Encik Hamadi Che Harun bersama Timbalan Pengarahnya iaitu Encik Kamal Daril yang sudi berkunjung ke Jabatan Mineral Dan Geosains Negeri Kelantan di dalam kekangan waktu beliau menghadiri Mesyuarat Pemurnian Laporan Projek Kajian Potensi Bijih Besi Semenanjung Malaysia yang diadakan di Hotel Perdana Kota Bharu Kelantan. Beliau turut disambut mesra oleh TPGS, TPLK dan Pegawai Geosains JMG Kelantan.
Majlis Perhimpunan Bulanan Bil 5/2014 & hari Aktif JMG Kelantan
28 Mei 2014 telah berjayanya satu program yang diadakan di luar dari perkarangan Wisma Persekutuan iaitu di Dewan Gelanggang Seni, Kota Bharu. Program yang dimaksudkan adalah gabungan dua program iaitu perhimpunan bulanan dan hari aktif JMG Kelantan. Program dimulai dengan dengan program senamrobik dan diikuti dengan majlis perhimpunan bulanan. Dengan kehadiran hampir 98% telah menjayakan majlis tersebut.