6 Julai 2013 - Bertempat di Permai Resort & Rest House, Kg. Telong, Jalan Tok Bali - Bachok, Kelantan, majlis Sambutan Hari Keluarga JMG Kelantan telah berjaya diadakan. Suasana deruan angin pantai nyaman dan tempatnya yang redup naungan pohonan rhu dan cuaca yang agak redup, Permai Resort & Rest House menjadi lokasi pilihan Hari Keluarga JMG Kelantan untuk tahun 2013 menjadi sangat mengujakan.
Pada tahun ini, aktiviti sukan luaran sedikit berkurangan berbanding tahun yang lepas dengan hanya 4 jenis permainan sahaja berlangsung iaitu bola sepak pantai (geng pelekat vs geng batek), bola tampar pantai perempuan, tiup belon dan permainan rebut gula-gula untuk kanak-kanak. Sementara sukan indoor pula hanyalah perlawanan karom lelaki dan perempuan, serta permainan dart lelaki & perempuan.