Kerja Lapangan Sekitar Jajahan Gua Musang

Pada 27-29 Disember 2012, JMG Kelantan telah mengadakan kerja lapangan di sekitara Jajahan Gua Musang yang melibatkan beberapa kakitangan dari unit Geosains, Sumber Mineral, Lombong & Kuari dan Pentadbiran. Antara lokasi yang dilawati termasuklah lombong Feldspar, lombong Mangan, lokaliti berfosil dan singkapan batuan sedimen kepunyaan Formasi Telong. Tujuan kerja lapangan ini adalah untuk memberi pendedahan kepada kakitangan JMG Kelantan tentang aktiviti-aktiviti perlombongan dan melawat tapak-tapak geowarisan di sekitar Gua Musang.

KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH JMG KELANTAN YANG BARU DENGAN DATO' SUK

27 November 2013 bersamaan 23 Muharram 1435H, Pengarah JMG Kelantan Tuan Haji Che Abdul Rahman Jaafar, En. Mohamed Hizam Bin Abdul Kadir TP(L&K),  dan En. Ab. Rashid Bin Ahmad TP (Geosains) telah membuat satu kunjungan hormat bersama Dato' SUK Negeri Kelantan YB Dato' Dr. Zainuddin Bin Hj. Ibrahim bertempat di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan.

Baca selanjutnya

Hari Terbuka Wisma Persekutuan Kota Bharu

Pada 9 Disember 2012, Wisma Persekutuan Kota Bharu telah mengadakan hari Terbuka Wisma serentak dengan Karnival Koperasi Peringkat Negeri Kelantan dan Sambutan Maal Hijrah 1434H. Majlis dirasmikan oleh Dato' Mustapa Mohamed, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia yang turut diserikan dengan acara menyediakan bubur asura dan pameran oleh agensi-agensi kerajaan dan badan-badan koperasi. Seperti biasa setiap tahun, JMG Kelantan tidak ketinggalan dalam menyediakan bubur asura yang melibatkan komitmen dari kesemua kakitangan JMG Kelantan.