KOTA KINABALU, SABAH (01 OGOS 2019) : KHAMIS, Jawatankuasa Keceriaan dan Keindahan Pejabat, JMG Sabah yang dipengerusikan oleh En. Mazuan bin Roslan telah mengadakan satu gotong-royong perdana pada hari Khamis bersamaan 01 Ogos 2019. Gotong –royong perdana ini merupakan yang kedua bagi tahun 2019.
MESYUARAT PEMBANGUNAN BIL 2/2019
KOTA KINABALU, SABAH (11 JULAI 2019): KHAMIS, JMG Sabah mengadakan mesyuarat pembangunan bagi suku tahun kedua di Bilik Mesyuarat Nephrite, Blok Kinabalu, JMG Sabah. Mesyuarat dipengerusikan oleh En. Mohd. Yusop bin Ramli, Pengarah JMG Sabah.
MESYUARAT UPM BIL 2/2019 DI BORNEO GOLF RESORT, BONGAWAN
KOTA KINABALU, SABAH (04 JULAI 019): KHAMIS, Unit Pengurusan Maklumat JMG Sabah telah mengadakan satu mesyuarat bagi suku tahun kedua dan bekerjasama dengan Unit Perkhidmatan Makmal JMG Sabah pada 04 Julai 2019 di Borneo Golf Resort, Bongawan, Sabah.
RIANG RIA AIDILFITRI UNIT PENGURUSAN MAKLUMAT JMG SABAH 2019/1440H
KOTA KINABALU, SABAH (02 JULAI 2019): SELASA, Unit Pengurusan Maklumat yang diketuai oleh En. Eddie Affandy bin Mohd Yusslee telah mengadakan satu majlis riang ria aidilfitri yang julung kalinya di unit beliau. Majlis bertempat di Aktiviti IT Data, Tingkat 1, Blok Jesselton, JMG Sabah pada hari Selasa 02 Julai 2019 bersamaan dengan 28 Syawal 1440H. Majlis riang ria adilfitri bermula pada pukul 10.30 pagi sehingga pukul 3.00 petang.
RUMAH TERBUKA UNIT PENTADBIRAN DAN KEWANGAN JMG SABAH
KOTA KINABALU, SABAH (01 JULAI 2019): ISNIN, Unit Pentadbiran dan Kewangan JMG Sabah telah mengadakan rumah terbuka unit mereka pada hari Isnin 1 Julai bersamaan 27 Syawal 1440H. Majlis di adakan di pejabat mereka.
Majlis mereka turut dikunjungi daripada unit lain dalam JMG Sabah. Majlis rumah terbuka mereka diketuai oleh CC K Halimah. Pelbagai juadah dihidangkan kepada para tetamu. Majlis ini berjalan dengan lancar.
Sumber maklumat : Penulis
Sumber foto : Pn. Rizidah binti Majawal
http://blog.jmg.gov.my/jmg-negeri-sembilan-melaka/category/jmg-sabah?start=185#sigProId9c9dac277b