PEMANTAUAN KERJA LETUPAN SS PRECAST DI PROJEK HYDROELEKTRIK, SUNGAI BENGKOKA, KOTA MARUDU

PEMANTAUAN KERJA LETUPAN SS PRECAST DI PROJEK HYDROELEKTRIK, SUNGAI BENGKOKA, KOTA MARUDU

KOTA MARUDU, SABAH (5 MAC 2019) : SELASA, Sungai Bengkoka, Kota Marudu Pemantauan Kerja - kerja letupan oleh Unit Pembangunan Lombong & Kuari JMG Sabah di Projek Pembangunan Loji Janakuasa Hidroelektrik Kecil (29.1 MW) Daerah Kota Marudu, Sabah di bawah Program “Feed – In – Tariff” (FIT) oleh “Sustainable Energy Development Authority” (SEDA) di bawah Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KETTHA).

Baca selanjutnya

LAWATAN TAPAK JPSM DI MESILOU OLEH JMG SABAH

LAWATAN TAPAK JPSM DI MESILOU OLEH JMG SABAH

RANAU, SABAH (05 MAC 2019) : SELASA, Satu lawatan tapak cadangan pembangunan Jabatan Pembangunan Sumber Manusia di Kg Mesilou, Kundasang telah dilaksanakan pada pagi 5hb Mac 2019. Turut bersama dalam lawatan tapak pembinaan pejabat JPSM ini adalah Jabatan Pembangunan Sumber Manusia Sabah, JKR Sabah, Jabatan Tanah dan Ukur Sabah, Jabatan Hasil Bumi, Pejabat UPPM daerah Ranau, Pejabat Daerah Ranau dan JMG Sabah.

Baca selanjutnya

LAWATAN PASUKAN NAZIRAN JMG MALAYSIA KE TAPAK PROJEK HIDROGEOLOGI

LAWATAN PASUKAN NAZIRAN JMG MALAYSIA KE TAPAK PROJEK HIDROGEOLOGI

KOTA BELUD, SABAH (01 MAC 2019) : JUMAAT, Pasukan Naziran JMG Malaysia telah membuat satu tugasan iaitu Pelaksanaan Naziran Pengurusan Kewangan, Pentadbiran dan Aset JMG Malaysia. Naziran audit ini bermula pada 27hb Februari 2019 dan berakhir pada 28hb Februari 2019. Namun satu lawatan kerja naziran ke salah satu projek dilaksanakan pada 01hb Mac 2019. Lokasi pasukan naziran pada kali ini bertempat di Kg. Pompodon, Kota Belud. Di mana pasukan naziran ini melawat salah sebuah tapak Projek Hidrogeologi.

Baca selanjutnya