RANAU, SABAH (05 MAC 2019) : SELASA, Satu lawatan tapak cadangan pembangunan Jabatan Pembangunan Sumber Manusia di Kg Mesilou, Kundasang telah dilaksanakan pada pagi 5hb Mac 2019. Turut bersama dalam lawatan tapak pembinaan pejabat JPSM ini adalah Jabatan Pembangunan Sumber Manusia Sabah, JKR Sabah, Jabatan Tanah dan Ukur Sabah, Jabatan Hasil Bumi, Pejabat UPPM daerah Ranau, Pejabat Daerah Ranau dan JMG Sabah.
Tujuan lawatan tapak ini diadakan adalah bagi menilai kesesuaian tapak untuk pembangunan. Pembinaan Pejabat Mini JPSM ini adalah untuk projek gegaran yang berlaku di daerah Ranau. JMG Sabah telah diwakili oleh En. Bailon Golutin (Penolong Pengarah Kanan) dan En. Ramle bin Kalaham (Pembantu Geosains Kanan).
Sumber Maklumat dan Foto : En. Bailon Golutin
http://blog.jmg.gov.my/jmg-negeri-sembilan-melaka/lawatan-tapak-jpsm-di-mesilou-oleh-jmg-sabah#sigProIdcaaef15128