KOTA KINABALU, SABAH (06 MAC 2019) : RABU, Jawatankuasa Jatpa JMG Sabah telah mengadakan satu mesyuarat bilangan satu bagi tahun 2019 di Bilik Mesyuarat Nephrite, Tingkat 1, Blok Kinabalu, JMG Sabah pada jam 2.00 petang ini.
Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Pn. Faye Donna Edmund (Penolong Pengarah Kanan / Pegawai Aset JMG Sabah). Mesyuarat ini bertujuan bagi membincangkan beberapa perkara berkaitan aset jabatan dan membentangkan laporan-laporan daripada penyelia-penyelia aset bagi suku tahun ke empat 2018.
Ahli-ahli yang hadir pada mesyuarat kali ini adalah seperti berikut :-
1. Pn. Faye Donna Edmund (Pengerusi / Pegawai Aset)
2. En. Awang Besar bin Hj. Kula (Setiausaha / Geofizik)
3. Tn. Hj. Japili bin Samin (Sumber Mineral)
4. En. Jasni bin Jaya (Geosains-Hidrogeologi)
5. Pn. Junidah binti Manggam (Perkhidmatan Makmal)
6. Pn. Winnie Juakim (Pentadbiran dan Kewangan)
7. Pn. Suriani binti Ramlee (Pengurusan Maklumat)
8. Cik Helviana Malaya (Geosains-Kejuruteraan)
9. En. Kassim Jusrin (Geosains-Pemetaan)
10. En. Fadli bin Sulaiman (Geosains-Mineralogi)
Manakala beberapa orang ahli tidak dapat menghadirkan diri atas komitmen tugas yang lain dan ada di antara mereka berada dalam kawasan kerja luar.
Mesyuarat beraklhir pada sekitar jam 3.45 petang dan akan bermesyuarat pada suku tahun yang kedua.
Sumber Maklumat dan Foto : Penulis
http://blog.jmg.gov.my/jmg-negeri-sembilan-melaka/mesyuarat-jawatankuasa-jatpa-jmg-sabah-bil-1-2019#sigProId86797d6057