PROGRAM MEMASAK BUBUR LAMBUK SEMPENA RAMADAN ANJURAN KSKPPM
IPOH, 22 APRIL 2022- Yang Di-Pertua KSKPPM, En Hamdan bin Yahya telah merasmikan program ”PROGRAM MEMASAK BUBUR LAMBUK SEMPENA RAMADAN ANJURAN KSKPPM” anjuran Biro HAWA-KSKPPM dengan bantuan Biro Sukan dan Kebajikan Kelab Sukan dan Kebajikan Pusat Penyelidikan Mineral (KSKPPM) di Pusat Penyelidikan Mineral. Seramai 20 orang kakitangan PPM dan ahli kelab yang telah bersama-sama dalam penyediaan bubur lambuk ini.
Agihan bubur lambuk telah diedarkan kepada semua warga PPM.
Program 'Jom Baca 10 Minit' Tahun 2022
Bengkel Hands-On Penubuhan dan Penyelenggaraan Plot Tanaman (21 April 2022)
Bengkel Hands-On Penubuhan dan Penyelenggaraan Plot Tanaman di Kawasan Bekas Lombong Bijih Timah telah di anjurkan oleh Cawangan Pelaksana Pengkomersialan (CPP) dengan kerjasama Institut Penyelidikan Perhutanan (FRIM) bertempat di SUGA.
Turut hadir Pn. Salmah Binti Baharuddin, Ketua Cawangan Pelaksana Pengkomersialan (CPP) serta disertai oleh warga PPM.
Kejohanan Bowling Piala Ketua Pengarah JMG 2020 (8 Januari 2021)
Penangguhan program ini selama dua (2) tahun disebabkan oleh pandemik Covid-19 yang mana kes pertama secara rasminya dilaporkan pada 31 Disember 2019 di Wuhan,China yang kemudiannya merebak ke seluruh dunia hingga membawa kepada ‘total lockdown’ di seluruh Malaysia pada 18 Mac 2020.
Akhirnya, pada 8 Januari 2022, Kejohanan Bowling Piala Ketua Pengarah JMG 2020 telah pun berjaya dilaksanakan. Kejohanan ini dilaksanakan setelah majoriti negeri di seluruh negara memasuki Fasa 4 dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN), iaitu fasa yang membolehkan segala aktiviti sosial dijalankan dengan mematuhi Garis Panduan & Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak MKN dan KKM.
Kejohanan sulung yang dianjurkan oleh PPM ini telah disempurnakan oleh YBrs. En. Zamri bin Ramli, Timbalan Ketua Pengarah (TKP) JMG (Korporat dan Ekonomi Mineral) diiringi oleh Pengarah Kanan PPM, YBrs. Dr. Nazwin binti Ahmad (PK) serta Ketua-ketua Cawangan PPM. Kemudiannya, pemberian hadiah jemputan kepada YBrs. TKP juga disempurnakan oleh YBrs. Dr. Nazwin atas kesudian YBrs. TKP hadir bagi merasmikan kejohanan ini.
Kejohanan ini adalah terbuka kepada semua Jabatan, Agensi Kerajaan dan Badan Berkanun. Kejohanan ini telah berlangsung di Ampang Superbowl, Ipoh Parade, Perak dengan kapasiti penuh peserta, sebanyak tiga puluh dua (32) lorong yang boleh menampung sembilan puluh enam (96) peserta pada satu-satu masa. Setiap kumpulan yang mana terdapat tiga (3) peserta.
Berikut merupakan senarai pemenang bagi kejohanan kali ini;
Johan – FRIM (FRIM B)
Naib Johan – PKNP (BETA)
Ketiga – JPN Perak (STAY UP)
Keempat – JPJ Perak (RTD Perak 1)
Kelima – PDRM (Team COP S)
Hi-Game – Mohd Fadzly bin Mustakim ( MP Manjung A)
Hi-Series – FRIM (FRIM B)
Sesi pemberian hadiah kepada pemenang juga telah disempurnakan oleh YBrs. TKP diiringi oleh YBrs. PK di akhir kejohanan ini.