Pusat Penyelidikan Mineral, Ipoh - 6 September, 2019. Rombongan PPM yang diketuai oleh Pengarah Kanan, Tuan Aminudin bin Mahmud telah mengadakan aktiviti Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) ke Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Terengganu (PERKAYA). PPM sentiasa bersedia menyokong usaha kerajaan dalam menggalakkan dan menjayakan program demi untuk kesejahteraan rakyat dan juga untuk meningkatkan imej dan reputasi PPM dalam program yang dapat memberi manfaat pada kesejahteraan serta kepentingan masyarakat dan kerajaan.
PROGRAM JOM BACA 2019
Pusat Penyelidikan Mineral, Ipoh - 12 September 2019. Program ini bertujuan untuk membina tabiat membaca dikalangan rakyat Malaysia. Pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti teka berat buku, ceramah kesihatan “Mental Sihat, Kerja Berkualiti” yang disampaikan oleh Pegawai Psikologi Hospital Bahagia Ulu Kinta, Pertandingan Mini Games, Santai de Library dan tayangan gambar/video sepanjang program Jom Baca 2019. Program ini telah dirasmikan oleh Pengarah Kanan Pusat Penyelidikan Mineral Ipoh, Tuan Aminudin bin Mahmud.
LAWATAN KUMPULAN MARHABAN DAN MUSLIMAH TAMAN ANDA KE PPM
Pusat Penyelidikan Mineral, Ipoh - 5 September 2019. Satu rombongan kumpulan marhaban dari Taman Anda telah membuat lawatan sambal belajar untuk lebih mengenali lebih dekat lagi bagaimana peranan sumber mineral bumi digunakan dalam kehidupan harian manusia. Taklimat ringkas telah disampaikan oleh Pengarah Kanan PPM iaitu Tuan Aminudin bin Mahmud. Rombongan ini juga telah dibawa melawat Muzium Geologi, JMG.
WAWANCARA RADIO BERVISUAL BERSAMA PENGARAH KANAN PUSAT PENYELIDIKAN MINERAL OLEH RTM PERAK
Pusat Penyelidikan Mineral, Ipoh – 3 September 2019. Pengarah Kanan PPM, Tuan Aminudin bin Mahmud telah dijemput oleh Radio TV Malaysia, Jabatan Penyiaran Malaysia Negeri Perak untuk diwawancara bagi memperkenalkan Pusat Penyelidikan Mineral, fungsi-fungsi PPM sebagai Bahagian Penyelidikan Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia dan aktiviti-aktiviti penyelidikan yang dijalankan oleh PPM. Wawancara bermula pada 2:30 petang dan bertempat di Konti PERAK fm. Wawancara ini juga disiarkan di TV saluran 123 Myfreeview.
KAMPUS PPM OGOS 2019: PEMBENTANGAN PELAJAR LATIHAN INDUSTRI
Pusat Penyelidikan Mineral, Ipoh – 23 dan 30 Ogos, 2019. Seramai tujuh pelajar dari pelbagai universiti tempatan telah berjaya menamatkan latihan industri mereka di PPM. Dua sesi pembentangan tamat latihan oleh pelajar-pelajar seperti nama yang terdapat dijadual bawah ini telah diadakan pada 23 dan 30 Ogos 2019.
- Mohamad Farhan Bin Ruslan
B.Eng (Hons.) Chemical Engineering, Universiti Malaysia Pahang - Nursyafiqa Binti Shabri
Bachelor of Science (Hons) In Geology, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, Selangor. - Wan Siti Shakirah Binti Mohd Faris
Bachelor of Science (Hons) In Geology, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, Selangor. - Ira Wahadah Binti Md Ghazali
Ijazah sarjana Muda Sains (Kepujian) Kimia, Uitm Negeri Sembilan - Eza Izzah Binti Ramli
Diploma Sains Komputer, Universiti Teknologi MARA (Perak) Kampus Tapah - Nur Maizatul Diana Binti Ramli
Ijazah Kejuruteraan Sumber Mineral, Universiti Sains Malaysia (USM) - Nazila Binti Adnan
Ijazah Kejuruteraan Sumber Mineral, Universiti Sains Malaysia (USM)