Latihan Teknikal Ke Adtec, Taiping

adtec4

PPM, 3 Julai 2013 - PPM telah menganjurkan satu lawatan sambil belajar ke Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC), Taiping.  Tujuan lawatan ini adalah untuk mempelajari teknologi-teknologi yang terdapat di Jabatan Bahan Termaju yang terdiri daripada bidang komposit, seramik dan polimer. Seramai 15 orang kakitangan PPM telah mengikuti lawatan ini dan telah dibawa melawat ke makmal-makmal yang terdapat di Jabatan ini.

Baca selanjutnya

Latihan Pengendalian Dan Penyelenggaraan Relau

relau3

PPM, 2 Julai 3 – Seksyen Silika PPM telah menjemput seorang pakar iaitu En. Mohd Fazel bin Ahmad dari MK Four Workspoint, yang berpengalaman dalam kerja-kerja penyelengaraan relau untuk berkongsi ilmu bersama-sama pegawai-pegawai dan kakitangan-kakitangan JMG bagi memberi pendedahan terutamanya kepada kakitangan yang terlibat secara langsung dalam mengendalikan relau.

Baca selanjutnya

Bengkel Kesedaran, Pemahaman Dan Pelaksanaan ISO 9001:2008

PPM, 5 Jun – 7 Jun 2013.  PPM telah menganjurkan bengkel kesedaran, Pemahaman dan Pelaksanaan ISO 9001:2008 bertempat di Taiping Golf Resort, Bukit Jana Taiping.  Objektif bengkel ini adalah untuk memahami konsep kualiti dan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK), memahami keperluan ISO 9001:2008, membantu merancang dan melaksanakan ISO 9001:2008 dan juga membuat persediaan untuk pensijilan ISO 9001:2008.

Baca selanjutnya

CERAMAH TEKNIKAL OLEH UTEM

PPM, 3 Jun 2013 – PPM dengan kerjasama Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah mengadakan satu ceramah teknikal yang bertajuk “Best Formulation and Sintering Optimization of Waste Glass into Glass Ceramic” yang disampaikan oleh  Prof Madya Dr Jariah bt Mohamad Juoi di Dewan Seminar PPM.  Seramai 21 orang kakitangan PPM telah menghadiri ‘Technical Talk’ ini. Tujuan ceramah teknikal ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan perbincangan antara pihak UTeM dan PPM mengenai penyelidikan dalam bidang kaca seramik.

Baca selanjutnya

SEMINAR PENGKOMERSILAN HASIL R&D PPM

PPM, 29 Mei 2013 – Satu seminar yang dianjurkan oleh PPM bertajuk “Technology Trend For Mineral And Commercialization” telah di adakan pada 29 Mei 2013 bertujuan untuk membuka minda, mendedahkan dan memperkasakan lagi pegawai-pegawai penyelidik di PPM tentang pentingnya hasil-hasil penyelidikan dipaten dan dikomersialkan.  Banyak maklumat telah diperolehi dari penceramah jemputan iaitu Syarikat Norunnuha Sdn Bhd. yang merupakan salah satu Agen Paten yang terdapat di Malaysia.

Baca selanjutnya