7 Mei 2014 – Seramai 30 orang Pegawai Penyelidik dan Pembantu Penyelidik, Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) telah membuat lawatan sambil belajar ke Lombong Bijih Timah Rahman Hydraulic Tin (RHT) di Klian Intan, Perak pada 7 Mei 2014.
Tahniah : Award of Excellence kepada Pengarah PPM
14 Oktober 2014, pihak Institute of Quarrying Malaysia (IQM) telah menganugerahkan AWARD of EXCELLENCE kepada Hj. Shahar Effendi bin Abdullah Azizi, Pengarah PPM di atas sumbangan cemerlang beliau di dalam memajukan industri pengkuarian di Malaysia. Anugerah tersebut telah disampaikan kepada beliau oleh YB Dato'Sri Dr. James Dawos Mamit, Timbalan Menteri Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) ketika Majlis Perasmian IQM Conference & Exhibition (CONEX) 2014 di Hotel Palm Garden, Putrajaya.
Tahniah dari semua warga PPM!!
10th Annual General Meeting of the Intergovernmental Forum on Mining, Minerals, Metals and Sustainable Development (IGF),Palais des Nations, Geneva, Switzerland
20-24 Oktober 2014, Hj. Shahar Effendi bin Abdullah Azizi, Pengarah PPM telah mewakili Malaysia di dalam 10th Annual General Meeting of the Intergovernmental Forum on Mining, Minerals, Metals and Sustainable Development (IGF) yang diadakan di Palais des Nations, Geneva, Switzerland.
PROGRAM KECEMERLANGAN DIRI MENUJU 2013 KUMPULAN SOKONGAN 2
Pusat Penyelidikan Mineral Ipoh telah mengadakan Program Kecemerlangan Diri Menuju 2013 Kumpulan Sokongan II bertempat di Hotel SSL Traders, Taiping, Perak pada 16- 19 Disember 2013. Program ini telah dianjurkan oleh Unit Latihan, Pusat Penyelidikan Mineral Ipoh.Seramai 34 orang peserta telah menyertai program tersebut.
MSM 2013
Dr. Rohaya Othman, telah membentang dua kertas kerja penyelidikan di 22nd Scientific Conference of Microscopy Society of Malaysia (MSM 2013) pada 26 hingga 28 November 2013 di Primula Beach Hotel, Terengganu.