Pada 12 Disember 2012, Unit Latihan Pusat Penyelidikan Mineral telah menganjurkan Kursus Hands On di Unit Batu Dimensi. Para peserta kursus ini telah diberi penerangan, pendedahan dan tunjuk ajar cara mengendalikan alat pemotongan batu dan mesin pengilap batu mengikut prosedur yang ditetapkan. Disamping itu, para peserta kursus juga berpeluang mengendalikan mesin tersebut. Kursus ini dikendalikan sendiri oleh kakitangan Seksyen Teknologi Bahan Batuan yang berpengalaman dalam ujian-ujian fizikal batu dimensi. Di akhir kursus, peserta berpuas hati dengan pendedahan yang diberikan di mana ia merupakan pengalaman baru untuk mereka.
Pensijilan MS ISO 9001:2008 Perkhidmatan Ujian Batu Dimensi
Pusat Penyelidikan Mineral, di bawah Seksyen Teknologi Berasaskan Batuan telah Berjaya dianugerahkan Sijil MS ISO 9001:2008 bagi Perkhidmatan Ujian Batu Dimensi setelah di audit pada 29 dan 30 November 2012. Pengumuman ini telah dibuat oleh Pn. Meena Ragawan pada petang 30 November 2012 sewaktu mesyuarat penutup audit.
Hari Keluarga PPM 2012
KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN PPM telah berjaya menganjurkan HARI KELUARGA PPM 2012 di Kurau Stone Fishing Resort, Batu Kurau, Perak pada 8 dan 9 September 2012. Seramai 130 orang kakitangan dan keluarga PPM berkumpul sebagai satu keluarga besar yang menjayakan hari keluarga ini. Banyak acara telah disusun sebegitu rupa agar semua warga PPM dan keluarga dapat mengeratkan lagi ukhuwah antara satu dengan yang lain. Tahniah kepada KELAB PPM yang telah berjaya menganjurkan Hari Keluarga PPM.
SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN KE-55 PERINGKAT PPM
Sambutan Bulan Kemerdekaan Ke-55 peringkat PPM telah berjaya diadakan pada 30 Ogos 2012. Sambutan tersebut telah dihadiri oleh semua warga PPM yang bermula pada jam 9.30 pagi.
Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Jalur Gemilang secara beramai-ramai yang dipimpin oleh Pasukan Koir PPM. Kelainan cuba diketenggahkan dengan bacaan Monolog Kemerdekaan di dalam gelap oleh En. Mohd. Zainuddin b. Abdullah dan diteruskan dengan nyanyian lagu Warisan dari Pasukan Koir PPM. Ternyata gabungan ini memberi kesan mendalam kepada semua warga PPM.
PERHIMPUNAN BULANAN BAGI BULAN JULAI DAN KEMPEN KIBARKAN JALUR GEMILANG SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN
Perhimpunan Bulanan Bersama Pengarah PPM Bil 5/2012 pada 26hb Julai 2012 dan majlis bermula pada pukul 9.00 pagi.
Antara Perutusan Pengarah bagi Bulan Julai adalah mengenai penukaran lagu kepada Jalur Gemilang selari dengan Kempen Kibarkan Jalur Gemilang yang telah dilancarkan pada 17hb Julai 2012 yang lalu.