Pada 30 Mac 2012, PPM telah menerima lawatan sambil belajar daripada pensyarah dan pelajar daripada Universiti Sains Malaysia (MIMATES).
Lawatan Pegawai-Pegawai Pejabat Tanah & Galian Terengganu
Pada 29 Mac 2012, pegawai-pegawai daripada Pejabat Tanah dan Galian Terenganu telah datang ke PPM. Tujuan lawatan adalah untuk melihat perkembangan penyelidikan di PPM terutama berkaitan pasir silika.
Lawatan Y.Bhg. Dato' Zoal Azha Bin Yusuf, Ketua Setiausaha NRE Dan Rombongan
Pada 23 Mac 2012 PPM telah menerima lawatan daripada Y.Bhg. Dato' Zoal Azha b. Yusuf, Ketua Setiausaha NRE dan rombongan. Tujuan lawatan adalah untuk melihat perkembangan penyelidikan dan pembuatan produk kaca kristal di PPM.
Taklimat Teknikal Oleh Profesor Tsutomu Sato Dari Universiti Hokkaido
Satu sesi taklimat teknikal telah diadakan di Dewan Seminar PPM pada 20 Mac 2012 yang disampaikan oleh Professor Tsutomu Sato dari Universiti Hokkaido dengan tajuk pembentangannya adalah:
Lawatan Delegasi dari DMG, Laos
Pada 23 Februari 2012, Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) telah menerima lawatan delegasi dari Department of Geology and Mines (DMG), Laos. Tujuan lawatan adalah untuk melihat dan mempelajari penyelidikan yang dijalankan di PPM.