PPM telah menerima kehadiran 6 orang pelajar dari IPTA iaitu 3 orang dari UiTM, seorang dari UMT, seorang dari UTeM dan seorang dari UTHOM yang akan menjalani Latihan Industri mereka di antara 2 ke 3 bulan. Pelajar-pelajar ini akan diberi pendedahan mengenai bidang tugas dan kerja-kerja penyelidikan yang dijalankan di PPM. Ini adalah komitmen yang dibuat oleh PPM untuk bersama-sama dengan KPT memikul tanggungjawab bagi merealisasikan hasrat kerajaan untuk melahirkan sumber manusia yang bukan sahaja berpengetahuan dan berkompeten tinggi, malah berinovasi serta kreatif yang dapat memenuhi kehendak majikan dan industri. Golongan pelajar yang telah diberi pendedahan akan menyumbang kepada peningkatan produktiviti dan daya saing yang mampu melonjakkan sesebuah negara ke tahap yang lebih tinggi sebagaimana yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri dalam Model Ekonomi Baru.
http://blog.jmg.gov.my/jmg-negeri-sembilan-melaka/latihan-industri-pelajar-ipt-di-ppm#sigProIdba98a3cccc