Lawatan Sambil Belajar Ke Malaysia Smelting Corporation

Lawatan Sambil Belajar Ke Malaysia Smelting Corporation

Butterworth, 19 November 2014: Selaras dengan keperluan kepada semua kakitangan kerajaan untuk mencukupi kursus tujuh hari setahun, Perkhidmatan Makmal telah mengambil inisiatif untuk mencadang serta menganjurkan lawatan sambil belajar ke Malaysia Smelting Corporation Bhd. (MSC), Butterworth, Pulau Pinang. Lawatan telah diadakan pada 19 November 2014.

 

Lawatan ini juga memberi peluang kepada kakitangan untuk menimba pengalaman baru serta meningkatkan pengetahuan yang berkaitan dengan bidang tugas di makmal.

Seramai 25 kakitangan telah mengikuti lawatan ini. Peserta-peserta lawatan telah diberi taklimat oleh pihak pengurusan MSC dan kemudian dibawa melawat makmal ujian timah serta dibawa melihat proses-proses kerja di sekitar kilang tersebut.

Seterusnya peserta lawatan kembali ke pejabat semula pada jam 3:00 petang.

Written by : zahar