Satu lawatan teknikal di kilang Agrostones(Malaysia) Sdn. Bhd., Simpang Pulai Ipoh telah dianjurkan oleh Cawangan Teknologi Bahan Termaju (CTBT) pada 17 Ogos 2017. Seramai 4 orang terdiri daripada pegawai dan pembantu penyelidik telah menyertai lawatan yang diketuai oleh Dr Rashita Abd Rashid. Lawatan ini adalah bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada pegawai dan kakitangan CTBT proses penghasilan produk compressed marble disamping dapat melihat peralatan yang digunakan, bahan mentah, proses pemotongan, penggilapan dan produk akhir yang terhasil.
Terdahulu, pegawai dan kakitanganCTBT telah diberi penerangan oleh wakil syarikat tentang produk yang dihasilkan sebelum meneruskan lawatan di sekitar kilang. Kilang yang telah beroperasi hampir 10 tahun ini menggunakan batu kapur tempatan dan bahan pengikat polyester dan simen bagi menghasilkan produk compressed marble. Penghasilan produk dari segi corak dan warna yang pelbagai adalah mengikut kehendak pelanggan dan ia dipasarkan untuk kegunaan tempatan dan untuk di eksport ke luar negara.
http://blog.jmg.gov.my/jmg-negeri-sembilan-melaka/lawatan-teknikal-di-kilangagrostones-malaysia-sdn-bhd#sigProId09043ca848