MAJLIS PERHIMPUNAN SETIA 1NRE BERSAMA YB MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR

MAJLIS PERHIMPUNAN SETIA 1NRE BERSAMA YB MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR

Pada 29 Julai 2016 (Jumaat), Kementerian Sumber Asli dan Alam sekitar telah menganjurkan Majlis Perhimpunan Setia 1NRE Bersama YB Menteri Sumber Asli Dan Alam Sekitar (NRE) diadakan jam 2.30 petang bertempat di Dewan Baiduri NRE, Wisma Sumber Asli, Putrajaya.    Program sebegini telah diadakan bersempena dengan sambutan setahun pentadbiran YB Dato Sri Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar.

Majlis perhimpunan ini mengimbas kembali program-program serta kejayaan yang berjaya yang diucapai oleh NRE sepanjang berada di bawah pimpinan YB Menteri.  Buku bertajuk ‘Melakar kejayaan’ diterbitkan khas buat sebagai tanda penghargaan warga NRE kepada YB Menteri. Turut dilancarkan dalam majlis ini ialah Tayangan Montaj yang memaparkan logo NRE dengan wajah yang baru, Pelan Strategik, Buku Pencapaian dan Koleksi Ucapan Setahun YB Menteri dan sebagainya.

Dikesempatan juga diadakan acara Apresiasi Khas dengan Penghargaan Individu dari Jabatan-jabatan di bawah NRE. Seramai lima belas (15) orang individu yang telah menerima apresiasi tersebut yang terdiri dari JMG, FRIM, JUPEM, Perhilitan, NAHRIM dan MACGDI.  Seramai tiga (3) orang Pegawai Penyelidik dari JMG telah menerima  Apresiasi khas tersebut yang terdiri daripada oleh Dr Rohaya Binti Othman, Dr Hj Izhar Abadi bin Ibrahim Rais dan Dr Hj Ismail Bin Ibrahim yang bertugas di Pusat Penyelidikan Mineral (PPM). Anugerah yang dicapai adalah:

1)    Dr Rohaya Binti Othman telah memenangi Pingat Emas dalam 27th International Invention, Innovation & Technology Exhibition (ITEX 2016) bagi “Eco Green Paper: Carbide Lime Waste as paper Filler”.
2)    Dr Hj Izhar Abadi bin Ibrahim Rais telah memenangi Pingat Perak dalam 27th International Invention, Innovation & Technology Exhibition (ITEX 2016) menerusi projek “Quarry Particulate Pollution Index and Noise Software QPINSs V1.0.0”.
3)    Dr Hj Ismail Bin Ibrahim telah memenangi Recognition of Oustanding Performance in Special Award Category: Water Technology Sponsored by King Abdulaziz & His Companions Foundation for Giftedness & Creativity “Mawhiba”dalam 26th International Invention, Innovation & Technology Exhibition (ITEX 2015) dalam projek “Bench Scale Flotation of Feldspar Using Non-Toxic Activator and Mixed Cationic-Anionic Collector”.

Written by : ezulia