Mendulang asas perlombongan. Itu yang diajar kepada para pelajar latihan industri yang melengkapkan program pengajian mereka. Para pelajar ini terdiri dari pelatih dari Unit Marin, Min Pet, Penderaan Jauh. Pelajar dari Unit Geofizik tidak dapat menyertai kerana belum mendaftarkan diri lagi.
Pelbagai pekara pokok yang ditekankan semasa program ini berlangsung terutamanya mengenai teknik, peralatan, isu keselamatan dan logistik. Aktiviti ini dilakukan di Sungai Salu , Anak Sungai Kampar di Kuala Dipang Kampar Perak. Dengan matlamat untuk mendapatkan mineral konseterat dari tanah dan tanih, pelajar telah berusaha sebaik mungkin untuk mendapatkan hasil yang berbaloi. Tambahan pula mereka menggunakan dulang saiz 1, hasil yang diperolehi adalah memuaskan. Saksikan aksi mereka.
http://blog.jmg.gov.my/jmg-negeri-sembilan-melaka/mendulang-asas-perlombongan#sigProIdc5824cf726