KHAMIS 10 Januari 2019 - Suatu mesyuarat telah diadakan bagi membincangkan cadangan pembinaan telaga tiub dan kolam takungan di kawasan Johan Setia, Klang, Selangor pada 26 Oktober 2018 di Ibu Pejabat JAS. Hasil dari mesyuarat, JMG Selangor/Wilayah Persekutuan telah dipilh untuk mengetuai pasukan ‘Task Force’ bagi projek pembinaan tersebut.
Sehubungan dengan itu, mesyuarat yang pertama bagi ahli jawatankuasa taskforce telah berlangsung di JMGSWP yang dipengerusikan oleh pengarah, En. Jontih Enggihon.
Pihak Jmg akan membina 2 buah telaga air tanah di Johan Setia, Klang. Tujuan pembinaan telaga ini adalah untuk membekal sumber air bagi mengawal kebakaran di kawasan Johan Setia yang kerap berlaku setiap tahun. Kerjasama daripada pelbagai agensi adalah diperlukan bagi menjayakan projek ini.