IPOH, 17 Mei 2013: Kelab Sukan Dan Kebajikan Bahagian Perkhidmatan Teknikal telah mengadakan Mesyuarat Agung Kali ke-10, bertempat di Bangunan Zamrud BPT. Pada mesyuarat kali ini mesyuarat telah memperkenalkan pakaian rasmi Jawatankuasa KSKBPT berupa kemeja F1 berwarna oren. Tiada pemilihan AJK yang baru dibuat pada mesyuarat kali ini, pemilihan akan dibuat pada tahun 2014 nanti.
Pada mesyuarat kali ini juga telah memperkenalkan cabutan bertuah berupa barangan dapur seperti gula, minyak, teh, milo dan sebagainya. Hampir semua ahli berjaya mendapat hadiah tersebut dan di akhir mesyuarat semua peserta telah diberikan elaun makan dalam bentuk wang tunai.
http://blog.jmg.gov.my/jmg-negeri-sembilan-melaka/mesyuarat-agung-kskbpt2013#sigProId5a24a7dff1