Pada 4 dan 5 Februari 2013, Jawatankuasa Kerja (A) dan Jawatankuasa Thorium Bagi Kajian Penggunaan Thorium Sebagai Bahan Asas Dalam Proses Penjanaan Tenaga Nuklear telah bermesyuarat di PPM dan seterusnya mengadakan lawatan teknikal ke kompleks JMG, Ipoh. Jawatankuasa ini ditubuhkan oleh Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI) untuk mengkaji penggunaan thorium sebagai bahan asas dalam proses penjanaan tenaga nuklear di Malaysia. Jawatankuasa ini terdiri daripada pakar-pakar dari pelbagai bidang termasuk teknologi nuklear, kuasa nuklear, kawalseliaan nuklear, radiobiologi, fizik, perundangan, ekonomi dan geologi serta wakil dari pihak industri. PPM amat berbesar hati menerima tetamu-tetamu ini.
View the embedded image gallery online at:
http://blog.jmg.gov.my/jmg-negeri-sembilan-melaka/mesyuarat-dan-lawatan-pasukan-kerja-a-thorium-mosti-anm-di-ppm#sigProIdb264bad132
http://blog.jmg.gov.my/jmg-negeri-sembilan-melaka/mesyuarat-dan-lawatan-pasukan-kerja-a-thorium-mosti-anm-di-ppm#sigProIdb264bad132