MESYUARAT TERAKHIR ASPIRING KINABALU GEOPARK

MESYUARAT TERAKHIR ASPIRING KINABALU GEOPARK

KOTA KINABALU, SABAH (19 FEBRUARI 2019) : SELASA, Mesyuarat terakhir bagi Aspiring Kinabalu Geopark sedang berlangsung di Kingston Hotel, Kota Kinabalu bermula pada jam 9.00 pagi ini.

Mesyuarat ini merupakan yang terakhir sebelum penilaiannya pada minggu hadapan bagi membincangkan perkara-perkara penting. Wakil dari JMG Sabah juga turut hadir mesyuarat ini. En. Farid bin Zainudin juga salah seorang pembentang kertas kerja dalam mesyuarat ini. Mesyuarat ini dihadiri oleh En. Mohd. Yusop bin Ramli (Pengarah JMG Sabah), En. Paulius Godwin (Timbalan Pengarah Geosains), Pn. Jenneth Cyril (Ketua Penolong Pengarah) dan En. Farid bin Zainudin (Penolong Pengarah Kanan). Mesyuarat ini juga dihadiri oleh pakar-pakar geologi dari UMS Sabah dan juga Taman-taman Sabah.

Sumber Maklumat dan Foto : En. Mohd. Yusop bin Ramli

Written by : Suriani Ramlee