Pusat Penyelidikan Mineral (PPM), Jabatan Mineral dan Geosains, melalui Unit Latihan PPM telah mengadakan Program Pemantapan Pembantu Penyelidik pada 28 - 30 Oktober 2013 bertempat di Hotel Best Western, Marina Island, Lumut, Perak. Program ini dihadiri oleh 27 orang Pembantu Penyelidik dengan dibantu oleh 3 orang urusetia. Penyelaras Program adalah Encik Aminudin bin Mahmud, Pegawai Latihan PPM. Program telah dirasmikan oleh Ir.Khor Peng Seong,Timbalan Pengarah PPM. Program ini merupakan program tahunan untuk percambahan ilmu dan perkongsian pengalam kerja antara Pembantu Penyelidik senior dengan yang baharu.
OBJEKTIF PROGRAM PEMANTAPAN
- Menambahkan pengetahuan peserta mengenai ilmu, teknologi dan peralatan baru dalam melaksanakan R&D mineral
- Menggandakan pengetahuan pembantu penyelidik mengenai kerja R&D mineral yang dilaksanakan di PPM secara keseluruhannya
- Mendapatkan maklumat terkini mengenai Pemprosesan Mineral
- Berinteraksi dan perkongsian pengalaman antara Pembantu Penyelidik senior dengan yang baharu
PROGRAM PEMANTAPAN
Dua orang penceramah telah dijemput khas dan memberikan syarahan seperti berikut:
- Prof Madya Dr Hashim b. Hussin – USM : Perkembangan Terkini Pemprosesan Mineral
- Cik Hasnita bt Mat Isa - Penolong Pegawai Tadbir PPM : Pengurusan Kewangan Berhemah (Tuntutan Perjalanan / Elaun Lebih Masa)
Disamping itu juga, Pembantu-pembantu Penyelidik PPM telah membentangkan kertas kerja, sebagai perkongsian ilmu dan pengalaman kerja. Pembentang dan tajuk pembentangan bagi perkongsian pengalaman kerja adalah seperti berikut:
- En Haminuddin : Pengenalan XRD dan Pengoperasiannya
- Pn Suhaily / En Roslan : Pengenalan kepada Alat Inductively Couple Plasma – Optical Emission Spectrometry (ICP-OES)
- Pn Rogayah : Simultaneous Thermal Analysis (STA) of Clay
- Pn Nasariah / En TY Chin / En Mawanadass : Pemisahan dan Pemprosesan untuk mendapatkan Kasiterit
- Pn Raden : Perkhidmatan Ujian Pencirian Fizikal Batu Dimensi
- En Anuar : Ujian Sifat Kebioaktifan
- En Zulkifly : Pengendalian Alat Laser Particle Size Analyzer (LPSA)
- Cik Umahthevy : Pengendalian Alat Spectrophotometer DR 2800
- En Ali : Pemantauan Bunyi Bising di Kuari dan Kesan Terhadap Kehidupan
- En Suaid / Pn Zaidah : Pencirian Fizikal Jubin Kaca
PENGHARAPAN
Program Pemantapan Pembantu Penyelidik telah berjalan dengan lancar dan jayanya. PPM akan meneruskan lagi program-program sebegini bagi menambahkan ilmu yang bermanafaat dan sebagai perkongsian pengalaman kerja antara pegawai penyelidik yang lama dengan yang baharu.
http://blog.jmg.gov.my/jmg-negeri-sembilan-melaka/pemantapan-pembantu-penyelidik-ppm-2013#sigProId65d7bf8dc9