IPOH, 16 April 2013 : Pada hari ini telah berlangsung penggambaran untuk program dokumentari terbitan FINAS yang bertajuk Lombong Tinggal. Penggambaran ini telah dibuat oleh Syarikat Artistic Films Productions Sdn. Bhd. dengan bantuan pegawai-pegawai serta kakitangan Bahagian Perkhidmatan Teknikal dan Pusat Penyelidikan Mineral.
Tujuan dokumentari ini adalah untuk memberi informasi kepada penonton dan rakyat Malaysia khususnya tentang aktiviti di lombong dari awal penemuannya sehingga keadaan lombong yang dibangunkan sekarang.
Lokasi penggambaran dibuat di sekitar Ipoh, Batu Gajah, Gopeng dan sebahagiannya telah dibuat di Lombong Bijih Besi Sg. Lembing, Pahang. Lokasi yang yang terlibat di dalam penggambaran ini adalah Taman Herba Perak, The Lost World Of Tambun, Kapal Korek Tg. Tualang, Muzium Geologi, Galeri Batu Dimensi dan Makmal Kimiabumi Ipoh.
Penggambaran telah dijalankan dengan jayanya dan terima kasih kepada semua pegawai dan kakitangan yang menjayakan program ini.
http://blog.jmg.gov.my/jmg-negeri-sembilan-melaka/penggambaran-dokumentari-lombong-tinggal#sigProId9508b55b1e