PERTANDINGAN DART DALAMAN KESMiG TAHUN 2017

PERTANDINGAN DART DALAMAN KESMiG TAHUN 2017

Seremban, 6 Disember 2017 – Biro Sukan dan Rekreasi, Kelab Sukan dan Kebajikan JMGNSM (KESMiG) telah menganjurkan pertandingan dart dalaman antara ahli kelab. Seramai 24 (dua puluh empat) orang yang dipecahkan kepada 8 (lapan) kumpulan telah menyertai pertandingan ini dimana setiap kumpulan  terdiri daripada 3 (tiga) orang melalui cabutan undian sebelum pertandingan dimulakan.

Permainan dimulakan dengan kiraan 501 x 1 sahaja. Checking house hanya nombor ganjil sahaja iaitu bermula dengan single number 19 dan ke bawah iaitu 19, 17, 15, 13, 11, 9, 7, 5, 3 dan 1 sahaja. Permainan dijalankan secara kalah mati dan nama-nama yang tersenarai sebagai seeded akan bermain secara tangan berlawanan yang biasa digunakan.

Pertandingan bermula seawal jam 9 pagi dan tamat pada jam 10:30 pagi. Kumpulan yang terdiri dari Encik Azizan, Encik Esa dan Puan Nazalina muncul sebagai Juara, manakala kumpulan yang terdiri dari Encik Mohd Nizam, Encik Sharizal dan Encik Mohd Anuar meraih kedudukan Naib Juara. Tempat ketiga pula dimenangi oleh Puan Norhayati, Encik Saiful Azwan dan Encik Sunardi dan tempat keempat dimenangi oleh Tuan Pengarah JMGNSM, Encik Joanes, Puan Maznah dan Puan Nadiya.

Semoga pertandingan seperti ini dapat diteruskan di masa akan datang kerana permainan dart ini bukan setakat boleh melegakan tekanan dari kerja pejabat seharian malah boleh membina semangat kerja berpasukan yang tinggi.

 

Written by : NORLIZA BINTI AZMAN