Rembau, 7 Disember 2017 – Biro Sukan dan Rekreasi, Kelab Sukan dan Kebajikan JMGNSM (KESMiG) dengan kerjasama Unit Latihan JMGNSM telah menganjurkan “EKSPEDISI GEOLOGI REMBAU MOST WANTED” bertujuan menguji ketahanan mental dan fizikal staff JMGNSM disamping mengenali jenis-jenis batuan granit dan batuan intrusif yang ada di sepanjang pendakian tersebut.
Gunung Datuk yang berketinggian 855 meter merupakan salah satu gunung yang sering menjadi destinasi pilihan para pendaki gunung. Langkah dimulakan tepat pada jam 9:20 pagi setelah selesai melaporkan diri di pondok renjer hutan dengan bayaran masuk RM5 seorang. Hampir tiga (3) jam mengerah tenaga, akhirnya tepat pada jam 12 tengahari kami semua sampai di puncak Gunung Datuk.
Setelah berehat, minum dan bergambar kumpulan, kami kemudiannya mula bergerak turun. Kalau mendaki memenatkan, apatah lagi semasa menurun! Lutut dan kekuda kaki memainkan peranan paling penting. Mata pula harus cekap memerhatikan laluan yang berselirat dengan akar-akar pokok. Namun, keletihan yang dirasai berbaloi apabila melihat pelbagai flora dan fauna yang ada.
Jam 2:45 petang, kami selamat sampai di bawah. Urusetia yang bertugas siap siaga menyediakan makan tengahari untuk kesemua para peserta yang terlibat semasa ekspedisi kali ini. Semoga Gunung Datuk bukanlah gunung terakhir yang menjadi destinasi pendakian kami sebagai warga KESMiG!
http://blog.jmg.gov.my/jmg-negeri-sembilan-melaka/program-menawan-puncak-1-0-gunung-datuk#sigProIdb67b2ee4de