PPM dijemput ke Pameran Karnival Sains dan Teknologi (KaSTek’19) Peringkat Kebangsaan

PPM dijemput ke Pameran Karnival Sains dan Teknologi (KaSTek’19) Peringkat Kebangsaan

 

Pusat Penyelidikan Mineral, Ipoh – 15 Mac 2019. Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) telah menjemput PPM untuk mengadakan pameran bersempena dengan Karnival Sains dan Teknologi 2019 yang telah diadakan di Dewan Muallim PSAS baru-baru ini.

Karnival tersebut telah berlangsung selama 3 hari, bermula pada 12 Mac sehingga 15 Mac 2019. Terdapat beberapa agensi serta jabatan lain yang turut serta dalam pameran tersebut seperti Jabatan Meteorologi Malaysia (MET), Jabatan Kimia Negeri Perak, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), dan sebagainya.

Karnival tersebut telah disempurnakan oleh Dr. Abdul Aziz Bari, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Teknologi, Sains dan Alam Sekitar negeri. Selain itu, pihak penganjur turut mengalu-alukan kedatangan rombongan sekolah-sekolah serta orang awam untuk melawat pameran-pameran yang telah disediakan. Guru-guru serta pensyarah di sana juga sempat berkunjung ke pameran untuk melihat hasil-hasil penyelidikan R&D Mineral yang telah dijalankan di PPM. Para pengunjung juga turut diberi peluang untuk merasai pengalaman mendulang bijih timah serta melihat model kapal korek dan model kuari marmar yang telah disediakan di sana.

Pihak penganjur mengucapkan ribuan terima kasih kepada PPM kerana telah memberikan kerjasama sepenuhnya dalam menjayakan karnival tersebut. PPM berharap agar pameran ini dapat memberi ilmu pengetahuan yang baharu kepada para pelajar serta dapat menarik minat mereka dalam bidang penyelidikan mineral.

 

Written by : ezulia