KUNDASANG, SABAH (24 FEBRUARI 2019) : AHAD, Satu Program Penilaian Kinabalu Geopark sebagai Geopark Kebangsaan telah diaadakan dan telah mula dilaksanakan di kawasan Geopark yang merangkumi tiga (3) daerah iaitu di Daerah Ranau, Daerah Kota Marudu dan Daerah Kota Belud bermula pada hari ini.
Penilaian pertama telah dilaksanakan di kawasan Daerah Ranau yang bermula di Kinabalu Geotrail (Timpohon Kinabalu Park, Kundasang). Geotapak ini merupakan landskap rejahan granite Kinabalu, Kundasang dan program pada hari ini berakhir di Tapak Budaya Guas Nabalu Homestay yang terletak di Kg. Kiau Nuluh, Kundasang, Ranau dan Natural History Gallery.
Mereka yang terlibat dengan program ini juga adalah Jawatankuasa Pelaksana (JKP) Geopark Kinabalu. Mereka adalah Prof. E. Dato’ Dr. Ibrahim Komoo, Dr. Kamal Roslan Mohamed, Dr. Tanot Unja (Ketua Penilai), Dr. Sharina Abdul Halim (Penilai),Dr. Nobert Simon (Pemerhati JKP), Dr. Dana Badang (Pemerhati JKP), Dr. Maklarin Lakin (Pemerhati TTS), Dr. Felix Tongkol (Pakar Penasihat Kinabalu Geopark), Prof. Dr. Che Aziz (Pakar Geologi), Prof. Dr. Norhayati Ahmad (Pakar Geologi), wakil dari Taman-Taman Sabah (En. Ludi Apin, Pn. Rimi Repin, En. Yassin Miki, En. Justinus Guntabid dan Pn. Maureen J. Tapuong), wakil-wakil dari JMG Sabah (En. Paulius Godwin – Timbalan Pengarah Geosains, Pn. Jenneth Cyril – Ketua Penolong Pengarah, En. Farid bin Zainudin – Penolong Pengarah Kanan, En. Mison Ajum – Penolong Pengarah, En. Malai Osman bin Malai Mohamad – Pembantu Geosains, En. Fiqria Haziq – Pemandu dan Een. Mohd. Azrol bin Hanaffi – Pemandu).
Sumber maklumat dan foto : Pn. Jenneth Cyril, En. Farid bin Zainudin dan En. Mison Ajum
http://blog.jmg.gov.my/jmg-negeri-sembilan-melaka/program-penilaian-kinabalu-geopark-sebagai-geopark-kebangsaan-day-1-24-02-2019#sigProId379b46d9fa