KUNDASANG, SABAH (25 FEBRUARI 2019) : ISNIN, Program Penilaian Kinabalu Geopark hari ke-2 bermula dari Lembah Permai Kundasang bagi melihat lanskap Pinousuk Gravel dan terus ke Mesilau untuk memerhatikan Endapan Glasier Kelikir yang mengandungi bongkah granit, ultrabasic dan batu pasir.
Setelah selesai penilaian di teruskan ke Sungai Kenipir untuk lawatan ke Geotapak endapan laut dalam Sungai Kenipir yang merupakan endapan sedimen laut dalam tertua di Sabah sambil melawat ke Tugu Peringatan PoW Memorial yang terletak di Kenipir. Jam 11.40 pagi bergerak ke titik pandang Kompleks Sukan Ranau bagi melihat Lanskap Tasik Kuno Ranau.
Jam 2.30 ptg bergerak ke Kolam Air Panas Poring utk melawat tapak rekreasi utama yang menggabungkan Warisan Geologi, Biologi, Budaya dan Komuniti. Penilaian ini berakhir pada jam 6.00 petang.
Mereka yang terlibat dengan program ini juga adalah Jawatankuasa Pelaksana (JKP) Geopark Kinabalu. Mereka adalah Prof. E. Dato’ Dr. Ibrahim Komoo, Dr. Kamal Roslan Mohamed, Dr. Tanot Unja (Ketua Penilai), Dr. Sharina Abdul Halim (Penilai),Dr. Nobert Simon (Pemerhati JKP), Dr. Dana Badang (Pemerhati JKP), Dr. Maklarin Lakin (Pemerhati TTS), Dr. Felix Tongkol (Pakar Penasihat Kinabalu Geopark), Prof. Dr. Che Aziz (Pakar Geologi), Prof. Dr. Norhayati Ahmad (Pakar Geologi), wakil dari Taman-Taman Sabah (En. Ludi Apin, Pn. Rimi Repin, En. Yassin Miki, En. Justinus Guntabid dan Pn. Maureen J. Tapuong), wakil-wakil dari JMG Sabah (En. Paulius Godwin – Timbalan Pengarah Geosains, Pn. Jenneth Cyril – Ketua Penolong Pengarah, En. Farid bin Zainudin – Penolong Pengarah Kanan, En. Mison Ajum – Penolong Pengarah, En. Malai Osman bin Malai Mohamad – Pembantu Geosains, En. Fiqria Haziq – Pemandu dan Een. Mohd. Azrol bin Hanaffi – Pemandu).
Sumber maklumat dan foto : Pn. Jenneth Cyril, En. Farid bin Zainudin dan En. Mison Ajum
http://blog.jmg.gov.my/jmg-negeri-sembilan-melaka/program-penilaian-kinabalu-geopark-sebagai-geopark-kebangsaan-day-2-25-02-2019#sigProIdda6c5e1822