PROGRAM SEKAMPIT BERAS

PROGRAM SEKAMPIT BERAS

Ipoh, 11 Jun 2018: Terima kasih kepada semua yang menyumbang barangan keperluan makanan kepada Program Sekampit Beras anjuran KSKBPT bagi tahun 2018.

Program bertujuan untuk membantu mereka yang kurang bernasib baik dan pesara-pesara JMG yang telah bersara. Konvoi dibuat dari rumah ke rumah asnaf zakat di sekitar Kg Seri Kinta, Ipoh dan seterusnya ke Manjoi, Chepor, Ulu Kinta, Taman Mewah dan Simpang Pulai untuk menjejaki pesara-pesara JMG.


Antara mereka yang diziarahi ialah Pn.Natrah Semperna, En. Mat Som, En. Shahini Hussin, En. Mohd Yusuf Abu Hassan dan En. Rahman Tan. Misi ini telah berjaya dan mencapai objektifnya. Program akan diteruskan untuk tahun-tahun akan datang.

Written by : zahar