02hb April 2019 (Selasa) – Tarikh 2 April telah diisytiharkan sebagai Hari Kesedaran Autisme Sedunia atau ‘World Autisme Awareness Day’ oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan disambut di seluruh dunia sejak tahun 2008. Sambutan ini dilaksanakan sebagai usaha untuk meningkatkan kesedaran dan advokasi masyarakat tentang kanak-kanak serta individu yang mengalami autisme. Bertemakan warna biru, sambutan Hari Kesedaran Autisme Sedunia ini diraikan di peringkat global termasuklah di Malaysia di mana, bangunan-bangunan pencakar langit dan lokasi besar yang menjadi mercu tanda sesuatu tempat akan dinyalakan dengan lampu biru sebagai tanda sokongan dan memperingati hari tersebut.
Program ini lebih dikenali sebagai Semarak Biru ‘Light It Up Blue’. JMG Perak juga terlibat dalam menjayakan sambutan Hari Kesedaran Autisme Sedunia ini dengan menggalakkan warga JMG Perak memakai pakaian bertemakan warna biru pada 2 April 2019. Kerjasama daripada semua warga JMG Perak amat bagus kerana keseluruhan warga JMG Perak telah memakai pakaian bertemakan warna biru sebagai tanda sokongan.
http://blog.jmg.gov.my/jmg-negeri-sembilan-melaka/program-semarak-biru-%E2%80%98light-it-up-blue%E2%80%99-sempena-sambutan-hari-kesedaran-autisme-sedunia#sigProIdb59afb2d02