IPOH, 27 Ogos 2013 - Pada hari ini telah berlangsung satu Program Sambutan Merdeka Raya bagi meraikan Perayaan Hari Raya Aidil Fitri dan Kemerdekaan tahun ini. Program bermula pada jam 10:00 pagi selepas selesai Program Perjumpaan Bulanan dengan Pengarah Bahagian Perkhidmatan Teknikal.
Program Merdeka Raya pada tahun ini telah diserikan dengan beberapa acara seperti kuiz kemerdekaan, bacaan puisi kemerdekaan oleh Pengarah Bahagian Perkhidmatan Teknikal, Tn. Hj. Mior Sallehhuddin Mior Jadid, saudara Abdul Aziz Md. Noor dan Pn. Noriman Hapipah. Selain itu juga diadakan acara pakaian tercantik pada hari ini, dan cabutan bertuah.
Acara pertandingan pakaian tercantik bagi program ini dimenangi untuk kali kedua oleh Saudara Abdul Aziz Md. Noor dan kategori wanita pula di menangi oleh Pn. Siti Nur Idyani Yahaya.
Seperti tahun lepas, penyediaan jamuan dibuat secara gotong-royong oleh cawangan masing-masing. Program pada kali ini berjalan dengan baik, meriah dan penuh muhibbah.
http://blog.jmg.gov.my/jmg-negeri-sembilan-melaka/sambutan-merdeka-raya-2013#sigProId5e5d0f19e3