JMG Malaysia, Perak dengan kerjasama Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah menganjurkan Seminar Perubahan Aras Laut Kuno : Kefahaman Terhadap Sejarah Pembentukan Bumi pada 26 Mac 2012 (Hari Isnin) di Mini Auditorium, Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM), Seri Kembangan, Selangor.
Pelaksanaan seminar adalah dalam bentuk setengah hari yang dimulakan dengan ucapan aluan oleh Dr. Saim Bin Suratman (Pengarah Pusat Kajian Geohidrologi) selaku Wakil Ketua Pengarah NAHRIM. Ini diikuti oleh pembentangan kertas ucaptama dan teknikal serta sesi soal jawab.
Peserta yang hadir terdiri daripada pegawai agensi kerajaan yang berkaitan dan ilmuwan dari universiti tempatan. Jumlah keseluruhan penyertaan adalah seramai 70 orang.
http://blog.jmg.gov.my/jmg-negeri-sembilan-melaka/seminar-perubahan-aras-laut-kuno-a-kefahaman-terhadap-sejarah-pembentukan-bumi#sigProIde000c75fb3