Simposium mineral 2013 (SIMPOMIN 2013) telah diadakan pada 12 dan 13 November 2013 yang dikendalikan oleh Pusat Penyelidikan Mineral (PPM). Tema bagi simposium ini ialah “Mineral is important... towards a high income nation through R&D”. Sambutan yang diberikan amat menggalakkan apabila Simposium ini berjaya mengumpulkan 180 orang peserta yang terdiri dari ahli akademik, penyelidik, ahli sains, ahli geologi, konsultan, pihak industri dan juga graduan universiti.
Sepanjang simposium, sebanyak 3 kertas ucaptama, 21 kertas teknikal oral dan 10 kertas teknikal poster telah dibentang oleh pembentang dari tempatan dan luar Negara seperti dari MINTEK Afrika Selatan, ITRI, United Kingdom, Queensland University, Australia, Riyadh, Arab Saudi, German, dan Taiwan. Diharapkan kejayaan simposium ini berjaya dikekalkan dan bertambah baik pada sambutan tahun 2015.
http://blog.jmg.gov.my/jmg-negeri-sembilan-melaka/simpomin-2013#sigProId39533e0f91