Tanggal 18 Disember 2012, Kelab Sukan dan Kebajikan Bahagian Perkhidmatan Teknikal telah menganjurkan satu pertandingan dart antara ahli kelab. KSKBPT telah membahagikan ahli kelab kepada 2 kumpulan iaitu kumpulan Nilam dan Kumpulan Zamrud.
Maka pertandingan dart ini adalah diantara Kumpulan Nilam dan Kumpulan Zamrud.
http://blog.jmg.gov.my/jmg-negeri-sembilan-melaka/sukan-kskbpt-dart#sigProId3f17566baf
Perasmian pertandingan ini telah di sempurnakan oleh Encik Abdullah bin Sulaiman selaku pengerusi Kelab Sukan dan Kebajikan BPT. Pertandingan ini bermula pada jam 3.30 petang. Pertandingan ini dibahagi beberapa kategori. Kategori perseorangan mempunyai 3 bahagian iaitu perseorangan lelaki 1, perseorangan lelaki 2 dan perseorangan wanita.kategori regu juga mempunyai 3 bahagian iaitu regu lelaki 1, regu lelaki 2 dan regu campuran. Dan kategori yang terakhir ialah 4 sepasukan.
Pembukaan pertandingan ini dimulakan dengan perlawanan perseorangan lelaki pertama dan diikuti dengan regu lelaki pertama. Kategori perseorangan lelaki pertama telah dimenangi oleh kumpulan Zamrud. Mohd Fazil bin Abdul Hamid mewakili kumpulan Zamrud telah bertemu dengan Arisman bin Seruji yang mewakili kumpulan Nilam. Perlawanan mereka telah berlanjutan sehingga ke perlawanan penentuan yang telah dimenangi oleh Mohd Fazil dari kumpulan Zamrud. Manakala pertandingan regu lelaki pertama pula melibatkan pasangan Tn. Haji Mohd Zaidi bin Mohd Hasan dan Mat Radzi binGhazali yang mewakili kumpulan Nilam bertemu dengan wakil dari kumpulan Zamrud iaitu Mohamad Aliff bin Zamzuri bergandingan dengan Tajul Azwa bin Ahmad Tarmizi. Perlawanan mereka juga terpaksa di tentukan dengan set penentuan yang akhirnya dimenangi oleh kumpulan Zamrud.
Persaingan regu lelaki kedua menemukan Zamrizum bin Jaafar dan Rashid bin Shapee mewakili Nilam melawan Fairul Azizan bin Shahini dan Mohamad Yusoff bin Abu Hasan. Kumpulan Zamrud telah memenanginya dengan 2-0. Pertemuan peserta perseorangan wanita iaitu Rozana binti Zabri yang mewakili Nilam berjaya mencuri mata dengan menewaskan Fahimah Zaidah binti Zainul Abidin dari kumpulan Zamrud.
Perseorangan lelaki kedua pula telah dimenangi oleh Mohd Shafie bin Shaari dari kumpulan Nilam yang menewaskan Zainuddin bin Bakar yang mewakili kumpulan Zamrud. Manakala Regu campuran pula telah dimenangi oleh pasangan Mohd Sabri bin Mansor dan Ramlah bin Satar dengan mengalahkan pasangan dari kumpulan Nilam iaitu Hasrol Redzuan bin Mustafa dan Siti Nur Idyani binti Yahaya.
Dalam kategori 4 sepasukan pula, Nilam menghantar Mohd Hafiz bin Mohd Alwi, Ahmad Farwan Fuzli bin Hamid, Thirunukarasoo a/l Suppiah dan Nazilah binti Ahmad Nazri sebagai wakil mereka. Sementara kumpulan Zamrud pula menghantar Abdullah bin Sulaiman, Saiful Baharil bin Abu Bakar, Hamid bin Mohamed Zakaria dan Shahiros Asnita binti Shaharuddin untuk mewakili kumpulan Zamrud. Kumpulan Nilam telah memenangi kategori ini. Pertandingan dart anjuran Kelab Sukan dan Kebajikan Bahagian Perkhidmatan Teknikal kali ini dimenangi oleh kumpulan Zamrud dengan agregat 4-3.
Berikut keputusan penuh perlawanan:
PERSEORANGAN LELAKI (1) |
||||||||
ARISMAN BIN SERUJI |
MOHAMAD FAZIL BIN ABDUL HAMID |
|||||||
1 |
2 |
3 |
NILAM |
ZAMRUD |
3 |
2 |
1 |
|
PERSEORANGAN LELAKI (2) |
||||||||
MOHD SHAFIE BIN SHAARI |
ZAINUDDIN BIN BAKAR |
|||||||
1 |
2 |
3 |
NILAM |
ZAMRUD |
3 |
2 |
1 |
|
PERSEORANGAN WANITA |
||||||||
ROZANA BINTI ZABRI |
FAHIMAH ZAIDAH BINTI ZAINUL ABIDIN |
|||||||
1 |
2 |
3 |
NILAM |
ZAMRUD |
3 |
2 |
1 |
|
REGU LELAKI (1) |
||||||||
TN. HJ. MOHD ZAIDI BIN MOHD HASAN |
MOHAMAD ALIFF BIN ZAMZURI |
|||||||
MAT RADZI BIN GHAZALI |
TAJUL AZWA BIN AHMAD TARMIZI |
|||||||
1 |
2 |
3 |
NILAM |
ZAMRUD |
3 |
2 |
1 |
|
REGU LELAKI (2) |
||||||||
ZAMRIZUM BIN JAAFAR |
FAIRUL AZIZAN BIN SHAHINI |
|||||||
RASHID BIN SHAPEE |
MOHAMAD YUSOFF BIN ABU HASAN |
|||||||
1 |
2 |
3 |
NILAM |
ZAMRUD |
3 |
2 |
1 |
|
REGU CAMPURAN |
||||||||
HASROL REDZUAN BIN MUSTAFA |
MOHD SABRI BIN MANSOR |
|||||||
SITI NUR IDYANI BINTI YAHAYA |
RAMLAH BINTI SATAR |
|||||||
1 |
2 |
3 |
NILAM |
ZAMRUD |
3 |
2 |
1 |
|
FOURSOME |
||||||
MOHD HAFIZ BIN MOHD ALWI |
ABDULLAH BIN SULAIMAN |
|||||
AHMAD FARWAN FUZLI BIN HAMID |
SAIFUL BAHARIL BIN ABU BAKAR |
|||||
THIRUNUKARASOO A/L SUPPIAH |
HAMID BIN MOHAMED ZAKARIA |
|||||
NAZILAH BINTI AHMAD NAZRI |
HAIRANI SHAM BINTI MANAS |
|||||
1 |
NILAM |
ZAMRUD |
1 |