KOTA KINABALU, SABAH (28 FEBRUARI 2019) : KHAMIS, Satu taklimat daripada pasukan audit JMG Ibupejabat sedang berlangsung di Bilik Mesyuarat Magnetite, Tingkat 3, Blok Jesselton, JMG Sabah pada petang ini 28 Februari 2019 jam 2.30 petang.
Taklimat ini bertujuan bagi mengulas semula penemuan-penemuan dan permasalahan yang berlaku di JMG Sabah. Pasukan audit ini diketuai oleh En. Azalizam (Ketua Pegawai Tadbir), PPT Ibupejabat JMG, PPT JMG Selangor dan PPT JMG Sarawak. Turut hadir dalam taklimat ini adalah Pengarah JMG Sabah (En. Mohd. Yusop bin Ramli), Pegawai Bajet JMG Sabah (En. Morius Bantas), pegawai-pegawai JMG Sabah yang terlibat dan Unit Kewangan dan Pentadbiran JMG Sabah.
Sumber Maklumat dan Foto : En. Eddie Affandy bin Mohd. Yusslee
http://blog.jmg.gov.my/jmg-negeri-sembilan-melaka/taklimat-auditan-kewangan-dan-pentadbiran-jmg-sabah#sigProId9545dda628