Satu sesi Taklimat Kesedaran MS ISO 9001:2008 telah dihadiri oleh semua kakitangan Seksyen Teknologi Pemprosesan Mineral (STPM), Pusat Penyelidikan Mineral Ipoh pada 13 Mac 2013 sebagai persiapan STPM menuju kearah MS ISO 9001:2008 untuk ujian-ujian pemprosesan mineralnya. Taklimat ini telah disampaikan oleh penceramah yang juga merupakan Timbalan Wakil Pengurusan ISO PPM iaitu Dr Rohaya binti Othman. Antara kandungan taklimat beliau adalah:
- Memahami kepentingan kualiti
- Memahami sejarah dan latarbelakang ISO 9001:2008
- Memahami keperluan ISO 9001:2008
- Memahami bagaimana untuk melaksanakan sistem yang telah dibangunkan
- Persediaan untuk persijilan ISO 9001:2008
View the embedded image gallery online at:
http://blog.jmg.gov.my/jmg-negeri-sembilan-melaka/taklimat-kesedaran-ms-iso-9001-2008-kepada-stpm#sigProIdf7303b0415
http://blog.jmg.gov.my/jmg-negeri-sembilan-melaka/taklimat-kesedaran-ms-iso-9001-2008-kepada-stpm#sigProIdf7303b0415
Taklimat Kesedaran ISO ini adalah fasa pertama STPM menuju ke arah MS ISO 9001:2008 dan taklimat seterusnya akan disambung pada bulan Jun 2013 yang mana ianya akan lebih menekankan aspek bagaimana ISO ini dapat dilaksana dan dibangunkan di STPM.