Program Menawan Puncak 2.0 : Gunung Angsi

Program Menawan Puncak 2.0 : Gunung Angsi

Kuala Pilah, 1 Februari 2018 - Seramai 10 orang kakitangan JMG NSM telah berjaya menawan puncak Gunung Angsi di dalam Program Menawan Puncak 2.0 pada 1 Februari 2018 yang lalu. Program yang telah dianjurkan oleh Kelab Sukan dan Kebajikan JMG NSM (KESMiG) bersama Unit Latihan JMG NSM ini adalah merupakan program pendakian yang kedua pada tahun ini selepas pendakian pertama di Gunung Datuk.

Baca selanjutnya

Watikah Lantikan Pengarah Negeri

Watikah Lantikan Pengarah Negeri

Putrajaya, 8 Februari 2018 - Satu majlis Penyerahan Watikah Lantikan kepada pengarah-pengarah negeri telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Utama, Ibu Pejabat JMG di Putrajaya. Penyerahan watikah lantikan telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Shahar Effendi Bin Abdullah Azizi, Ketua Pengarah JMG. Encik Joanes Muda, Pengarah JMG NSM telah menerima watikah lantikan sebagai Pengarah JMG NSM dalam majlis tersebut.

Baca selanjutnya

Program X'presi Santai

Program X'presi Santai

Putrajaya, 8 Februari 2018 - YB Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar telah mengadakan sesi perjumpaan dengan Pengarah Jabatan/Agensi Negeri di bawah NRE selaras dengan konsep β€œMerakyatkan Perkhidmatan Awam”. Program ini bermatlamat sebagai satu sesi perkongsian pengalaman, pengetahuan dan meningkatkan jaringan kerjasama serta interaksi di antara YB Menteri dengan Pengarah Jabatan/Agensi Negeri di bawah NRE. Majlis ini telah di adakan di Dewan Baiduri, Wisma Sumber Asli, Putrajaya. Encik Joanes Muda, Pengarah JMG NSM turut hadir dalam majlis tersebut.

Sumbangan artikel : Encik Joanes Muda

TAHNIAH DATUK HJ SHAHAR EFFENDI BIN ABDULLAH AZIZI

TAHNIAH DATUK HJ SHAHAR EFFENDI BIN ABDULLAH AZIZI

Seluruh Warga Jabatan Mineral dan Geosains Negeri Sembilan dan Melaka mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Ketua Pengarah, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Tuan Hj  Shahar Effendi bin Abdullah Azizi di atas pingat Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk sempena sambutan Hari Wilayah pada 1 Februari 2018.

Semoga JMG terus cemerlang dibawah pimpinan Datuk.

Tahniah Datuk!!
 
 
Sumbangan grafik : En. Adnan bin Jermi

Selamat Maju Jaya En Azemi

Selamat Maju Jaya En Azemi

Seremban, 12 Januari 2018 - Seluruh warga JMG NSM mengucapkan tahniah dan syabas kepada En. Azemi bin Hj Eki, Timbalan Pengarah JMG NSM yang akan memulakan tugas sebagai Pengarah di JMG Terengganu mulai 15 Januari 2018.

Doa kami semoga En.Azemi akan terus cemerlang di tempat baru. Terima kasih di atas segala tunjuk ajar yang telah diberikan sepanjang En. Azemi berada di JMG NSM. 

Baca selanjutnya