7 & 8 Mac 2015 : Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Negeri Sembilan dan Melaka ( JMG NSM) dilantik menjadi Urusetia bagi pertandingan Dart perseorangan lelaki dan wanita bertempat di Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad (RTM) yang berlangsung selama dua hari.
Pertandingan tersebut dirasmikan oleh Pengarah JMG NSM, Tuan Zulkipli Bin Che Kasim. Tujuan diadakan untuk memilih wakil Dart MAKSAK Negeri Sembilan yang akan diadakan di Kedah pada bulan Mei nanti. Tahniah diucapkan kepada anggota-anggota JMG NSM yang telah terpilih mewakili MAKSAK Negeri Sembilan iaitu En. Saiful Azwan Bin Kassim, En.Azmiran Bin Amran, En. Zulkifly Bin Ahmad dan Pn. Nazalina Binti Khamis.