Lawatan Timbalan Ketua Pengarah ( Operasi ) Ke JMG NSM

24 Feb 2014,Isnin - Jabatan Mineral Dan Geosains Malaysia, Negeri Sembilan dan Melaka telah menerima Β kehadiran Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) iaitu Tn. Hj. Mustapha Bin Mohd Lip sempena Taklimat Perlesenan Lesen Β Bijih Mineral dan Penyerahan Β MOL Β kepada pemegang- pemegang lesen.

Dikesempatan ini, satu sesi perjumpaan antara TKPO dan kakitangan JMG NSM telah diadakan dan beliau telah dapat berkenalan dengan kakitangan JMG NSM serta dapat bertemu bual dan beramah mesra dengan semua kakitangan disini.

Kami sebagai warga JMG NSM mengucapkan ribuan terima kasih diatas kesudian beliau meluangkan masa bersama kami dan kedatangan TKPO pada masa akan datang ke JMG NSM adalah amat dialu-alukan.

Majlis Perhimpunan Bulanan & Sambutan Hari Inovasi 2013

11-12 Disember 2013, Majlis perhimpunan bulanan dan sambutan hari inovasi telah diadakan di Jabatan Mineral Dan Geosains Negeri Sembilan Dan Melaka.Majlis tersebut telah berlangsung selama dua hari yang melibatkan pelbagai aktiviti iaitu pertandingan Kumpulan Kreatif dan Inovasi (KIK), persembahan koir, jemputan luar dari Geo-solution Resources Sdn. Bhd. dan Penyampaian Anugerah Pekerja Terpilih 2013 dengan slogan 'Budaya Inovasi Pemacu Transformasi Tekini'.

Baca selanjutnya

Pameran Sempena Persidangan Pentadbir Tanah Ke-20

Melaka, 30 September 2013 - JMG Negeri Sembilan dan Melaka bersama JMG Ibu Pejabat telah dijemput untuk menyertai pameran sempena Persidangan Pentadbir Tanah ke-20 anjuran Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian ( JKPTG ) yang bertempat di Hotel Holiday Inn, Melaka. Program yang telah berlangsung selama dua hari ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari pengunjung. Selain daripada JMG, terdapat beberapa jabatan lain yang telah turut serta dalam pameran tersebut, antaranya adalah Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia ( JPSM ), Pejabat Daerah dan Tanah Alor Gajah Melaka, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia ( JUPEM ) dan JKPTG. Sambutan dari semua pihak terutamanya pihak hotel, penganjur dan peserta persidangan amatlah dihargai dan diucapkan terima kasih.